Featured By: Salma Syahbuddin September 6, 2023 @ 2:26pm

Tampil Hazama & Juara Indonesian Idol, Konsert ST12 Live In Malaysia Bakal Gegar Zepp Kuala Lumpur 10 November Ini!

Kumpulan popular yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia ST12 bakal menghangatkan Zepp Kuala Lumpur pada 10 November depan dengan konsert ST12 Live In Malaysia.

Melewati dua dekad, ST12 masih kekal relevan dengan jenamanya sendiri, sehinggakan kumpulan yang ditubuhkan sekitar 2004 ini masih mampu bersaing dengan kemunculan penyanyi-penyanyi baru di Indonesia.

Menurut Pepep atau nama sebenarnya, Ilham Febry selaku pemain drum, kumpulan ST12 bukan hanya sekadar sebuah band, sebaliknya ia adalah sebuah jenama yang mengetengahkan muzik yang dibawa sebagai simbol kumpulan ini2.

“ST12 bukan lagi sekadar sebuah band, sebaliknya ia sudah menjadi sebuah jenama. Justeru, sesiapapun yang menggalas peranan sebagai
vokalis, jenama ST12 tetap dibawa bersama.

“ST12 sentiasa mencuba dengan membuka kesempatan untuk berkolaborasi dengan semua penyanyi berbakat hebat. Alhamdulillah, usaha ST12 berhasil apabila kerjasama kami dengan beberapa penyanyi terdahulu meraih sukses luar biasa,” katanya.

Perkara itu dikongsi Pepep ketika sidang media konsert ST12 Live In Malaysia yang diadakan secara virtual pada Isnin.

Kolaborasi bersama Hazama & Juara Indonesian Idol

Mengulas lanjut mengenai kolaborasi bersama penyanyi, Hazama, Pepep berkata, ia adalah kerjasama antara syarikat rakaman di Malaysia dan Indonesia yang mahukan mereka berkolaborasi.

Malah, muzik yang berbeza yang dibawakan pelantun lagu Penglipur Lara itu menjadi penyebab terhasilnya single terbaru dari mereka berjudul, Harapan Tak Kunjung Usai.

“Kami mahu menyajikan sesuatu yang segar dan berbeza buat peminat di kedua-dua negara. Pencinta muzik baik di Malaysia, mahupun di Indonesia
mempunyai cita rasa yang sama.

“Malah, genre muzik pengkarya di kedua-dua negara juga hampir sama. Itu menjadi antara faktor utama yang mendorong ST12 untuk berkolaborasi dengan Hazama. Mudah-mudahan usaha kami diterima, apatah lagi karakter vokal Hazama begitu serasi dengan melodi lagu ini.

“Sekiranya ingin tahu bagaimana karakter muzik ST12 apabila bersatu dengan Hazama di pentas, jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket ke konsert ini,” jelasnya.

Selain itu, pemilihan Juara Indonesian Idol, Aris pula adalah untuk meneruskan legasi muzik ST12 menerusi single Cukup Sampai Di Sini yang ketika ini masih lagi hangat dipromosikan di Indonesia.

“ST12 cuba menawarkan karya terbaik kepada semua penggemar muzik di rantau ini tanpa menggantungkan seluruh kekuatan kepada penyanyi semata-mata.

“Jenama ST12 sudah sebati dengan peminat di rantau Nusantara dan kepercayaan yang diberikan untuk kembali beraksi di Kuala Lumpur menerusi ST12 Live In Malaysia memberikan kami semangat baharu untuk terus berkarya,” ujarnya.

Disamping Hazama dan Aris dari Indonesian Idol, Firman Siagian juga akan sama-sama memeriahkan konsert ST 12 Live In Malaysia.

Sekadar info, pembelian tiket-tiket berharga RM139 (Kepingan Hati), RM169 (Puspa), RM229 (Cukup Sampai Di Sini), RM289 (Putih Putih Melati) dan RM4099 (Jalan Terbaik – Royal Box VVIP) boleh diperoleh menerusi www. ticket2u.com.my/st12.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Trending Thu, 16 Jul 2020
Hiburan Thu, 9 May 2019

‘Kalau Nak Curang Tak Perlu Tunggu Duduk Jauh’- Dayah Bakar Kongsi Tips Rumah Tangga!

Hampir setahun bergelar isteri, Dayah Bakar sedia berkongsi tips!

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

’Beri Kami Masa, Peluang Perbaiki Kesilapan’- Ibu Haneesya Hanee Mohon Netizen Henti Tohmahan

Semua manusia tidak pernah lari daripada buat silap, maafkan dia…

Featured Thu, 21 May 2020
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Pelakon Filem Paskal Akhirnya Bertemu ESSCOM

Diharap segala proses memberi keterangan berjalan lancar

Fab Foodies! Thu, 23 May 2019

Indulge and Iftar With Barokah Ramadan Buffet At Dorsett Putrajaya, Priced As Low As RM 99!

If you’re looking for an affordable and delicious food to iftar with friends and family, Dorsett Putrajaya is definitely the place to be!