’Tanya Diri Sendiri Macam Mana Kau Kerja’- Che Ta Berang Dakwaan Bekas Pemandu

Gara-gara isu pemandu mendakwa bekas majikannya itu tidak membayar gaji, pelakon Rozita Che Wan hari ini tampil menyelar kenyataan pemuda itu.

Menerusi laman Instagramnya, Rozita Che Wan atau lebih popular dengan panggilan Che Ta nampaknya berang dengan dakwaan berkenaan.

“ Kau kerja macam t***, kau nak aku viralkan ke macam mana kau kerja, apa kau ambil, apa kau buat malam-malam sampai bawa kereta sambil tidur.

“ Bila hidup kau susah, jangan salahkan orang lain, tanya diri sendiri macam mana kau kerja,” tegas Che Ta.

Sebelum ini, pemuda bernama Muhammad Riduan memuatnaik status di laman sosial meluahkan rasa kecewa selepas bekas majikannya itu tidak membayar gaji seperti dijanjikan.

“ Sedih rasa hidup kita kerja penat siang malam gaji tak dibayar. Terima kasih lah aniaya saya macam ni Che Ta. Semoga Allah balas apa yang kau dah buat kat aku.

“ Aku haramkan setiap penat lelah aku dari pagi sampai ke malam kau tak nak bayar gaji aku. Allah dengar doa orang teraniaya macam aku ni,” luahnya.

Riduan memberitahu biarpun dirinya seorang yang tidak berkemampuan namun dia masih memiliki maruah diri.

Tambahnya dia berterima kasih kepada pembantu peribadi Che Ta yang dikenali sebagai Kak Nani yang membantunya dalam hal ini.

“ Terima kasih dah tolong saya dapatkan gaji tapi dia tak mahu bagi juga. Tak apa akak dah jalankan tanggungjawab akak…Terima kasih untuk segalanya,” katanya.

SGMS Faida