Categories: HiburanSelebriti

Tasha Tetap Jadi Diri Sendiri!

Pelakon berimej seksi, Tasha Shilla mengakui dia masih dengan imej sebegitu dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan akan berpakaian sopan.

Tasha, atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 31 tahun, berkata, dia tetap menjadi diri sendiri.

“Saya masih lagi pakai seksi dan tak pernah lagi mengeluarkan kenyataan akan berpakaian sopan.

“Saya tahu diri saya macam mana dan ini antara saya dengan Tuhan. Saya tetap sama.

“ Kalau pergi pantai saya rasa nak pakai skirt pendek saya pakai, macam itu juga kalau pergi gim.

“Terima kasih buat yang boleh menerima diri saya seadanya, kalau tak boleh nak buat macam mana, yang penting kita tahu siapa diri kita,” kata Tasha kepada sebuah portal tempatan.

Dalam perkembangan lain, Tasha turut akan kekalkan imej seksinya dalam drama bersiri 30 episod Air Mata Syurga terbitan Darkwave Pictures. 

SGMS Faida