Categories: Trending

Comel! Keluarga Diraja Britain Kongsi Gambar Putera Louis

Comelnya! Keluarga diraja Britain hari ini berkongsi dua gambar rasmi pertama Putera Louis yang dilahir pada Ahad lalu. 

Satu daripadanya menunjukkan beliau dipegang oleh kakaknya Puteri Charlotte, 3. Louis, pewaris kelima takhta Britain, dilahirkan pada 23 April lalu dengan berat 3.83 kilogram.

Kedua-dua gambar itu diambil di Istana Kensington oleh ibunya Kate, isteri Putera William yang juga cucu kepada Ratu Elizabeth.

Gambar pertama, yang menurut istana diambil 26 April lalu, menunjukkan Louis bersandar pada sebuah bantal putih, memakai ‘jumper’ putih dan seluar.

Gambar kedua yang diambil pada 2 Mei lalu ketika ulang tahun kelahiran ketiga Charlotte, menunjukkan puteri itu memegang adiknya yang sedang tidur dengan penuh kasih sayang.

Pegawai istana berkata, Louis tidak akan menyertai ahli keluarganya di majlis perkahwinan bapa saudaranya Putera Harry dengan aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle pada 19 Mei ini.

Sumber: Agensi 

SGMS Faida