Tebuk Bacaan Al-Kahfi, Netizen Puji Alif Satar – “Nyanyi Sedap, Mengaji Sedap… Boleh Buat Album Mengaji 30 Juzuk Ni”

Personaliti media sosial, Qawiy yang terkenal dengan kandungan video positif dimedia sosialnya sekali lagi mencuri perhatian apabila bertindak menerjah selebriti popular, Alif Satar baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya, Qawiy atau nama sebenarnya, Abdul Qawiy Abd Rashid, 27, menerjah Alif yang pada ketika itu sedang menjalani penggambaran di sebuah studio.

“Assalamualaikum guys, sekarang ini saya tengah shoot untuk Khaf (jenama minyak wangi). Sekarang kita nak tebuk Alif Satar. Jom!

“Ini adalah yang paling-paling ditunggu-tunggu semua orang,” katanya.

Namun, Alif yang kelihatan terkejut dengan kehadiran Qawiy bagaimanapun tampil memberanikan diri menyahut cabaran hafazan surah Al-Kahfi yang diberikan.

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet menyifatkan Alif Satar bukan sahaja selebriti yang berbakat, malah datang dengan pakej lengkap apabila bacaan al-Qurannya lancar dan sedap didengar.

Malah, ramai yang beranggapan, selebriti seperti Alif wajar dijadikan inspirasi anak muda pada masa kini.

“Masha-Allah Alif sedapnyaaa bacaan!!! The only selebriti Alif yang kita boleh jadikan contoh. Pandai nyanyi, pandai mengaji!

“Akhirnyaaa yang paling ditunggu-tunggu!! Mashaa-Allah.

“Mashaa-Allah sedap sangat bacaan Alif, boleh buat album mengaji 30 juzuk.

“Alif ni patut jadi tokoh generasi orang muda zaman sekarang. Keep inspiring brother!Semoga Allah tetapkan hati menjadi orang yang beriman.

“He is such a sweet, gentleman, a good husband, a good father everything that he did just wow. Well done parents. I hope one day ada Alif family channel so that can “bongkar” the secret.

“Menyanyi sedap, mengaji lagi sedap suaranya. Mantap Alif,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 79,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin