Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 27, 2023 @ 7:05pm

Tepis Dakwaan Fatin Afeefa, Adam Shahz Tak Kecil Hati Digelar ‘Biawak Hidup’

Pelakon, Adam Shahz menepis dakwaan kononnya dia adalah individu yang dimaksudkan oleh bekas isterinya, Fatin Afeefa sebagai ‘biawak hidup’.

Menurutnya, meskipun bergelar pelakon namun dia juga aktif melakukan kerja-kerja sukarelawan.

Justeru, pemilik nama  Nor Shah Azli Abdol Ghani menegaskan, dia sedikit pun tidak berkecil hati jika ada segelintir individu menggelarnya biawak hidup.

“Saya tak terkesan pun (dakwaan itu). Orang yang kenal saya memang tahu kehidupan saya sejak dari dulu. Saya bukan orang yang hanya duduk di rumah main telefon saja, sebab saya buat bermacam-macam kerja. Saya berlakon, saya buat kerja sukarelawan.

“Saya ada dengar juga cerita pasal biawak hidup tu. Tapi, orang pun lebih kenal saya dengan watak Ayam dan kawan-kawan juga tahu mengenai diri sebenar saya. Jadi, tak ada kena-mengena biawak hidup tu dengan saya.  Mungkin tyang dia maksudkan tu ‘biawak hidup lain”. kata Adam menerusi temu bual di Melodi.

Dalam pada itu, Adam memaklumkan, dia kini sudah empat bulan tidak bertemu dengan anak perempuannya, Ivy Herra walaupun ketika musim cuti persekolahan.

Bahkan, dia juga tidak mengetahui apakah punca sebenar dia dilarang untuk bertemu anaknya itu.

“Sebelum ini walaupun dapat jumpa selama tiga ke empat jam, tapi tetap boleh berjumpa. Saya memang tak tahu sebab apa, tapi rasanya mungkin pihak sebelah sana ada alasan- alasan tertentu.

“Saya sudah empat bulan tidak bertemu dengan anak, Ivy Herra Sophia walaupun sekarang cuti sekolah. Saya masih tidak dapat jumpa anak dan tidak pasti apa sebab dihalang,” jelasnya.

 

Tidak mahu konflik hak penjagaan anak berterusan, pelakon Juvana itu juga sempat menitipkan pesan supaya pasangan yang gagal dalam perkahwinan boleh menyelesaikan segala hal berkaitan rumah tangga dan anak-anak mengikut undang-undang.

“Apa yang saya buat ini pun, bukan nak cuba dapatkan kebenaran tapi untuk dapatkan hak. Pihak sebelah sana sebagai ibu, pihak saya sebagai ayah. Kedua-duanya ada hak ke atas anak itu. Kita janganlah sampai memisahkan silaturahim. Lebih-lebih lagi anak perempuan dengan bapanya.

“Bagi pasangan di luar sana, kalau perkahwinan tak panjang, perkara terbaik adalah mesti di dalam mahkamah. Jangan kita buat perjanjian-perjanjian di luar sebab tidak mendatangkan hasil dan akhirnya menjadi isu,” ujarnya.

Terdahulu, Fatin Afeefa menerusi sebuah perkongsian di TikTok live berkata dia penat untuk ‘membela’ lelaki yang digelarkan sebagai kiasan ‘biawak hidup’.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jul 2021

Sukar Bayar Ansuran, Moratorium 3 Bulan Perlu Buat Individu Punya Tunggakan Lebih 90 Hari

Isu moratorium dan pinjaman saban hari masih menjadi perbincangan dalam kalangan rakyat. Justeru, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh kerajaan berkenaan pinjaman moratorium. Menurut, Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia […]

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Muka Awak Macam Syafiq Kyle, Kembar Ke?

Difahamkan, Zukhairi turut mendapat jemputan ke studio untuk sebuah program bual bicara tetapi terpaksa ditolak atas sebab tertentu.

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Luahan Perasaan Hael Husaini Dalam ‘Hati’

Wow, ada gerakan baru dalam muzik video kali ni!

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

ABPBH31: Adakah Nana Bakal Ulangi Kejayaan Tahun Lalu?

Tercalon dalam empat kategori malam ini, good luck Nana! Kalau ada rezeki, Insya Allah tak ke mana ya!

Hiburan Tue, 4 Apr 2023
Featured Sat, 9 May 2020
Featured Wed, 14 Sep 2022
Featured Tue, 1 Oct 2019
Selebriti Sun, 16 Jul 2023
Trending Wed, 20 Oct 2021

Proses Mediasi Gagal, Perbicaraan Penuh Dilanjutkan – Siti Nordiana Dakwa Sering Disindir Di IG Live Oleh Lima Sekawan

Penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa dirinya sering disindir di Instagram (IG) Live penyanyi Lan Solo, sehingga peminat mula menyedari perkara itu dan mempercayai kata-kata fitnah dilemparkan terhadapnya. […]

error: Content is protected !!