Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 31, 2023 @ 11:29am

Terbit Buku Terus Melangkah, Puteri Sarah Tak Jaja Kisah Peribadi

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkongsi perasaan gembira dan terharu apabila bukunya berjudul Puteri Sarah : Terus Melangkah akan mula dijual bermula 31 Mei ini.

Berkongsi mengenai penerbitan bukunya, Sarah mengaku naskhah ini tidak ada kena mengena atau mahu menjaja kisah peribadinya termasuklah  kes mahkamah melibatkan dia dan suami, Syamsul Yusof.

Malah, Sarah  juga sudah memaklumkan kepada Syamsul bahawa dia akan menerbitkan buku tersebut.

“Buku ni memang tak ada kena mengena dengan kes, memang dah tapis.

“Actually, Sarah pun dah bagitau kat Syamsul yang saya nak keluarkan buku. Saya kata ‘I nak keluarkan buku tau, tapi tak ada kena mengena dengan you.. respons dia, dia kata okay’,” katanya.

Sarah ditemui XTRA pada majlis pelancaran buku Puteri Sarah: Terus Melangkah yang berlangsung di PWTC bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,  pada Selasa.

Sarah mengaku semangat untuk menulis naskhahnya ini datang dari sokongan padu keluarga, rakan-rakan dan dua anaknya.

Mengulas lanjut mengenai bab yang paling dekat dihati, Sarah menjelaskan bahagian tersebut adalah apabila dia berkongsi tentang sumber kekuatannya.

Baginya, sumber kekuatan itu datang dari kedua ibu bapanya, ibu dan ayah mentuanya, orang terdekat dan juga anak-anak, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Dan, sepanjang menyiapkan naskhah ini, Sarah mendedahkan banyak menitiskan air mata.

“Sebenarnya banyak nak tulis dalam chapter ni tapi disebabkan banyak yang nak kena tapis jadi itulah dia. Kekuatan dari parents, in law dan anak-anak.

“Memang sepanjang proses untuk siapkan naskhah ni, memang banyak kali saya  menitiskan air mata termasuk orang-orang yang memberikan input untuk siapkan buku ini.

“Buku ini bukan cerita benda yang tidak elok atau membuka aib sesiapa, hanya menceritakan perkara yang baik-baik sahaja.

“Ini sisi lain yang tak pernah saya kongsikan kepada umum. Saya nak benda ni diketengahkan dan dijadikan iktibar buat orang ramai diluar sana,” jelasnya.

Sarah dan Syamsul Yusof kini dalam keadaan baik dan rapat seperti kawan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungannya bersama Syamsul, Sarah bagaimanapun mengaku dia kini sudah berbaik dengan suaminya itu.

“Kita dah baik lah dengan dia… kita dah jadi friend-friend dah yang penting kena tulis yang baik-baik pasal dia,” ujarnya.

Sekadar info, Puteri Sarah: Terus Melangkah  diterbitkan oleh Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini sudah dibuka untuk pre-order di laman web puterisarahliyana.com dengan harga promosi RM39.90 bagi 500 naskhah pertama sebelum 31 Mei 2023. Harga asal adalah RM49.90.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Mar 2023

“Dia Memukul Wanita Bernama Diana Pada 2005,” – Tiada Niat Ungkit Kisah Silam, Farid Kamil Kesal Isteri Masih Trauma

“Ambik gambar senyum dengan gigi palsu tu jari kasi tunjuk atas? Macho ke?” – Farid Kamil

Featured Tue, 8 Apr 2025
Trending Sat, 4 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Latif Romly Pertahan Pingat Emas

Atlet para negara, Abdul Latif Romly, 24, berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi. Latif muncul wira kontinjen Malaysia apabila menjadi penyumbang pingat emas ketiga, […]

Selebriti Wed, 19 Nov 2025

Lebih Banyak Keseronokan Menanti Menerusi ‘REAL ke AI?!’

Bukan sekadar meneruskan cabaran ‘Real atau AI’, inisiatif ini turut berkongsi alatan AI berguna yang mungkin sudah biasa digunakan umum.

Events Tue, 13 Nov 2018

Kutipan 7UJUH Cecah RM 600,000 Lepas Lima Hari Tayangan

Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamaruddin memaklumkan dia terkejut dengan sambutan penonton setakat ini.

error: Content is protected !!