Tergamam Influencer Korea Join Live, Gelagat Ernie Zakri & Syamel Undang Tawa – “Sampai Merebak-Rebak Dia Punya Telekung”

Pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas sesi live mereka disertai seorang pempengaruh dari Korea, Jinn.

Menerusi video yang tular di TikTok, Ernie dan Syamel kelihatan terkejut apabila pempengaruh itu memasuki live mereka.

Enggan membiarkan situasi menjadi kekok, pasangan tersebut terus bertanya asal usul pempengaruh tersebut.

Terkejut mengetahui pempengaruh itu berasal dari Korea, Ernie secara spontan menyapanya dalam bahasa negara itu.

“Annyeonghasaeyo!,” katanya.

Malu apabila disapa kembali, Ernie terus berlari meninggalkan Syamel untuk mengendalikan sesi live tersebut sendirian.

“Saya jadi blur sekejap. Apa dah jadi ni? Yang you lari kenapa? Sorry lah B saya terkejut. Menggigil saya tadi tau. Awak tak tahu.

“Masa I shaking you lari. Bila Jin tu annyeonghasaeyo dia balik, dia berlari. Merebak-rebak dia punya telekung,” kata Syamel.

Terhibur dengan gelagat pasangan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminat mereka di ruangan komen.

@secretlover.ez Kim Eun Nie terbang hahahah.. annyeonghaseyooo ottoke😭 #fypシ #erniezakri #syamel #syamelernie #jin #longervideos #jinandhattie #iconicduo #bts ♬ original sound – Ernie Grande Bruno Mel👀

Fatin Nurain