Terharu Menang Kali Kelima, Neelofa Janji Jumpa Peminat Tak Lama Lagi

Hebat! Ini merupakan kali kelima pengacara Neelofa berjaya membawa pulang trofi Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31.

Dengan konsistensi pencapaian Neelofa di dalam dunia pengacaraan, tidak hairanlah dia berjaya menewaskan calon lain.

Neelofa yang berada di London pada malam kemuncak itu memberitahu dia berjanji akan bertemu peminat apabila kembali ke Malaysia nanti.

“Alhamdulillah atas kejayaan kali ini… Saya amat berbangga dan merendah diri menerima dua trofi ABPBH ini.

“Terima kasih kerana setia dan memberi sokongan sejak dulu lagi. Terima kasih kerana mengundi saya.

“Saya memohon maaf kerana tidak dapat menerima anugerah ini kerana berada di luar negara. Saya akan bertemu peminat nanti… Saya sayangkan kamu,” katanya.

Neelofa dijangka pulang ke tanah air pada 13 Oktober ini.

Tambahnya, dia berjanji akan berusaha meningkatkan prestasi dalam setiap perkara yang dilakukan selepas ini.

Neelofa turut memenangi trofi Artis Sensasi Popular bagi kategori online. Awesome Lofa, keep up the good work! 

SGMS Faida