Terima Anugerah Pelajar Terbaik, Irfan Haris Syukur Tamat Diploma

Penyanyi Irfan Haris meluahkan rasa syukurnya kerana sudah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Seni Persembahan di peringkat diploma, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Irfan telah memuat naik gambarnya yang sedang mengenakan baju graduasi sambil memegang skrol pengajiannya.

“Your boy has officially graduated from diploma in Entertainment Arts. This one is for you mama abah,” tulisnya.

Memetik laporan Gempak, adik kepada penyanyi Amira Othman itu turut menerima Anugerah Pelajar Terbaik dalam bidang tersebut dari Universiti UOW Malaysia KDU.

“Saya bersyukur menerima anugerah Top Student Award dalam Jurusan Entertainment Arts,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, ruangan komen penyanyi itu turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminatnya.

Fatin Nurain