Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 20, 2024 @ 2:25pm

Terima Banyak Tawaran, Tyzo Bakal Kembali Jadi Deejay Radio Mac Ini?

Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo menerima beberapa tawaran untuk kembali ke udara di stesen radio namun keputusannya masih dalam pertimbangan untuk membuat pemilihan yang terbaik.

Jelas Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris memaklumkan dia akan kembali menjadi penyampai radio pada bulan mac ini.

“Memang ada beberapa stesen radio yang berminat untuk bekerjasama dengan saya.

“Cuma saya masih belum ada kata putus kerana saya ingin adakan perbincangan lebih lanjut disebabkan kontrak saya bersama Suria hanya akan tamat pada bulan Mac nanti.

“Alhamdulillah mereka melihat kerja dan bakat saya. Bukan atas kapasiti peribadi. Mereka merasakan saya masih lagi relevan untuk bekerja di dalam industri penyiaran radio.

“Insya Allah dalam bulan Mac nanti saya akan pastikan suara saya kembali berkumandang di corong radio di salah sebuah stesen di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Tyzo mengakui keadaan dirinya kini berasa sangat tenang dan lebih bebas selepas hampir sebulan meninggalkan konti Suria FM.

“Saya rasa sangat tenang sekarang ini kerana saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Saya rasa saya bebas. Seronok juga rasa bila bebas sebab sudah hampir 20 tahun saya bekerja di bawah orang,” kongsinya.

Dalam pada itu, baru-baru ini Tyzo menghiburkan orang ramai seolah-olah menjadi DJ radio menerusi siaran langsung di TikTok mendapat sambutan hangat daripada peminatnya sehingga mencecah sebanyak 3.4 juta tanda suka dan lebih 130,000 penonton.

Terdahulu, nama Tyzo heboh di media sosial selepas mendedahkan dirinya dikhianati apabila kontraknya ditamatkan awal pada 12 Januari lalu setelah lapan tahun bersama radio Suria FM.

Dalam pada itu, turut tular video kata-kata terakhir Tyzo kepada DJ Lin yang mengucapkan terima kasih atas penganiayaan terhadapnya mendapat pelbagai respons daripada ramai pihak.

Ramai mendakwa Tyzo diberhentikan gara-gara memenangi Anugerah Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35.

Artikel Berkaitan: Isu Penamatan Kontrak Tyzo, Ini Penjelasan Rasmi Pihak Suria – “ Dia Mahu Extend Kontrak 6 Bulan Sahaja”

Artikel Berkaitan: “Ini Harga Kena Bayar Untuk Kemenangan Penyampai Radio Popular ABPBH35,” – Dedah Dikhianati, Tyzo Tak Reda ‘Dibuang’ Radio

Artikel Berkaitan: “Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini” – Tular Video Kata Terakhir Tyzo Pada DJ Lin Suria Cinta

Artikel Berkaitan: Isu Penamatan Kontrak Tyzo, Ini Penjelasan Rasmi Pihak Suria – “ Dia Mahu Extend Kontrak 6 Bulan Sahaja”

Artikel Berkaitan: “Demi Allah! Benda Tu Berlaku Secara Spontan” –  Tyzo Nafi Dakwaan Sengaja Mahu Jatuhkan DJ Lin

Sumber: Getaran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Oct 2023

Nabila Huda Bongkar ‘Rahsia’ Ketiak Putih, Netizen Komen: “Tak Geli Ke? Kalau Aku Dah Menggelupur”

Agak-agak rasa apa ek? Lepas ni bela Oyen je lah, takyah buat treatment memutihkan dah🤣🤣🤣🤣🤣

Selebriti Wed, 6 Dec 2023
Featured Fri, 31 Mar 2023

Selepas Pulang Umrah Bersama, Shuk Sahar & Rossa Sera Sah Bercerai

Semoga urusan mereka berdua dipermudahkan

Featured Wed, 23 Apr 2025

“Ini Datin Seri Bukan Mak Cik Ya”- Aliff Syukri Belanja Isteri Barang Kemas RM1.5 Juta

Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video pendek di akaun Instagram miliknya.

Featured Mon, 11 Apr 2022
Trending Mon, 15 Jun 2020
Trending Tue, 2 Nov 2021

Mengaku Buat Kesilapan, Ismail Izzani Putus Cinta Dengan Shalma Eliana… Buang Cincin Berlian Dalam Sungai

Hubungan cinta antara penyanyi Ismail Izzani, 21, dan Shalma Eliana, 21, kini sudah berakhir. Mendedahkan perkara ini dalam sebuah temu ramah bersama Melodi TV3 Ahad lalu, Ismail berkata kini dirinya dan penyanyi yang mesra dengan […]

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Tahniah! Comelnya Baby Keempat Pasangan Pelakon Ini

Kata pelakon dan pengusaha hotel butik, Fauzi Nawawi, Lisdawati sepatutnya melahirkan pada 20 Julai lalu tetapi terlewat beberapa hari.

Events Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

“BELAKANGNYA ADA BATU TAR RUMAH AKU” – BADAN BERJERAWAT UQASHA DIKUTUK

Rata-rata netizen mengutuk bahagian belakang badan Uqasha yang dikatakan berjerawat dan menggerutu.

error: Content is protected !!