Terima DM Seakan Tidak Puas Hati, Shikin Maembong Dedah Individu Ejek Mata Cacat!

Sebelum ini, kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong memaklumkan dirinya menderita masalah saraf iaitu Bell’s Palsy sejak 12 tahun lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia mendedahkan ‘screenshot’ seorang individu yang dikenali sebagai step060174 menggelarkan dirinya seorang yang cacat.

“Si mata cacat!,” tulis individu berkenaan.

“Alhamdulillah sekurang-kurangnya masih boleh nampak orang takde adab macam awak ni,” balas Shikin.

Malah, dia turut tertanya-tanya tentang motif individu itu yang seakan tidak berpuas hati dengan dirinya.

“Tak tahu lah apa yang dia sakit hati sangat.

“Walau saya cacat tapi syukur Allah sayang,” katanya.

Terdahulu, menurut Shikin, penyakit itu berpunca disebabkan tekanan dan lebih malang apabila doktor memaklumkan keadaannya sudah tidak boleh pulih seperti biasa.

Dimana pada awalnya, dia berasa kebas di muka selain wajahnya menjadi senget.

Maya Basir