Featured By: Salma Syahbuddin December 7, 2023 @ 6:30pm

Terkait Isu Body Shaming, Kasih Iris Leona Tempelak Netizen – “Badan Macam Beranak 5? Jadi Ibu Anda Kelihatan Seperti Saya?”

Susulan isu berpakaian mencolok mata yang tular baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona seakan tidak berdiam diri apabila tampil menyuarakan pendapatnya menerusi beberapa ciapan di platform X.

Menurutnya, dia mempersoalkan bagaimana susuk badannya yang dikatakan berisi boleh memberi kesan kepada orang ramai.

“If  I am fat, then so what like how does it affect you.. I am genuinely curious,” ciapnya.

Tidak habis disitu, Leona yang juga anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman berkata, dia meminta maaf sekiranya penampilannya membuatkan rata-rata warganet berasa kurang senang dan ‘insecure’ memandangkan dia berasa gembira dan selesa dengan apa yang ditampilkan.

“Saya minta maaf jika anda tidak gembira dengan penampilan anda. Tapi, anda tak perlu tunjukkan rasa tidak selamat kepada saya.

“Saya baik-baik sahaja dan gembira dengan penampilan saya. Itu yang lebih penting.

“Dan komen yang mengtatakan badan saya seperti ibu beranak 5, beritahu saya adakah ibu anda kelihatan seperti saya?,”katanya.

Selain itu, Leona kelihatan lantang menegur tindakan segelintir netizen yang berani meninggalkan komen jelik di ruangan komen media sosial miliknya.

“Apa sebenarnya niat anda meninggalkan komen jelik pada posting saya? Anda sedang bercakap dengan diri sendiri mengenai perkara ini.

“Jika dengan menghentam orang lain boleh membahagiakan anda, terus lakukannya! Itu mungkin satu-satunya perkara yang menarik dalam hidup anda. Jika saya dapat memberikan sedikit rasa pencapaian kepada anda, maka saya lebih gembira,”jelasnya.

Terdahulu, pihak pengurusan Leona iaitu XENO Entertainment yang diwakili Prashan Chitty memberitahu, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap netizen yang meninggalkan komen negatif terhadap Leona.

Bagaimanapun, sekiranya komen tersebut disifatkan sebagai melampau dan boleh menjejaskan mental Leona dan keluarga, mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sebelum ini, video Leona menari dengan memakai gaun berwarna biru dan mendedahkan bahagian dadanya tular sehingga ada yang menyifatkan bentuk badan remaja berusia 21 tahun itu kelihatan seperti ibu beranak lima.

ARTIKEL BERKAITAN:Imej Seksi Leona Undang Kritikan, Netizen Tampil ‘Sekolahkan’ Azhar Sulaiman -“Dia Goyang Sana Sini You Tak Rasa Malu Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN:S*ksi! Pakai Tube Top Denim & Skirt Pendek, Leona Kongsi Video Menari Lincah… Followers Luah Rasa Muak, Netizen Tinggalkan Komen Nakal

ARTIKEL BERKAITAN: “Mengucap Panjang Aku!” – Bikini Putih Leona Jadi Bualan Netizen, Respons Azhar Sulaiman Paling Win!

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Berbikini Putih, Leona Buat Netizen Terkejut Dengan Dress Ungu Pula – “Mat Salih Pun Ada Tahap Sopan”

 

Sumber: X, Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Mar 2022

“Tolong Bertanggungjawab, Motif Keluarkan ‘Footage’ Belum Disunting?” – Umie Aida Bidas Isu Adegan Panas Zul Ariffin

Menurut Umie Aida, kakaknya Erma Fatima selaku penerbit drama ini mengakui dia berasa sangat bimbang berhubung babak intim yang dimuat naik tanpa keizinannya.

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

“Ada Peningkatan Tapi Perjalanan Masih Jauh” -Abby Abadi

Alhamdullillah! Berkat doa insyaAllah Baby D akan semakin sihat

Hiburan Fri, 8 Nov 2019

Sheila Rusly Jual Dim Sum Pula?

Wah, boleh lah cuba nanti!

Featured Thu, 8 Sep 2022

Terpaling Juara: “Orang Hanya Nampak Sisi Negatif Ifa Raziah, Tapi…”

Tula netizen tahu kecam je, usaha orang mana nampak!! Semangat ya kak Ifa untuk konsert minggu ni