Hiburan By: Khairil Khusyairi April 5, 2024 @ 2:58pm

Tindakan Bella Astillah Letak ‘Recorder’ Adalah Bijak – Peguam

Seorang peguam menyatakan tindakan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meletakkan perakam suara di dalam kereta suaminya, Aliff Aziz disifatkan tindakan bijak bagi mencari bukti.

Menurut laporan Harian Metro, peguam yang dikenali sebagai Wan Azliana Wan Adnan berkata, tindakan tersebut adalah bukti terbaik yang boleh digunakan di mahkamah.

“Di mahkamah, sekadar beri keterangan suami curang, suami tidak bertanggungjawab memang tidak cukup.

“Perlukan bukti, beberapa saksi untuk menyokong dakwaan isteri mengenai dakwaan curang.

“Isteri boleh mengemukakan dokumen seperti gambar, surat, rakaman CCTV (kamera litar tertutup) dan rakaman suara pula memang bagus kalau ada dan (ini semua) boleh menguatkan lagi kes di mahkamah,” katanya.

Tambah Wan Azliana, tindakan Bella itu sangat wajar dilakukan bagi isteri mendapatkan keadilan dan menuntut hak sebagai isteri.

“Bella seorang yang sangat penyabar dan pemaaf walaupun dicurangi suami lebih 10 kali dan curang dengan adik ipar sendiri. Janganlah tuduh Bella buka aib suami.

“Akhirnya dia bersuara untuk mempertahankan maruah diri sebagai isteri selepas dimalukan berkali-kali dengan isu suami curang dan ditangkap khalwat,” katanya lagi.

Malah, penggunaan alat perakam mahupun alat navigasi peta Global Positioning System (GPS) boleh dipersembah kepada mahkamah untuk pembuktian jika terbit rasa syak wasangka.

“Beban pembuktian terletak di bawah yang mendakwa. Selagi mana bukti diperoleh dengan cara bukan haram, ia boleh digunakan di mahkamah.

“Tetapi haram ini maksudnya, contoh, masuk rumah orang lain, letak kamera, maka itu salah dan melanggar undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Bella mendedahkan Ruhainies sering mengaibkan keluarga sendiri serta mengutuk rakan-rakan selebriti lain.

Bella turut mendedahkan dia mempunyai bukti rakaman yang mendakwa Aliff dan Ruhainies berbual mengenai perkara yang berunsurkan tidak senonoh.

Bella juga mendedahkan bahawa kenyataan Ruhainies yang menyatakan dia dan Aliff sudah berkawan 10 tahun adalah tidak benar.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu akui terkejut dengan keputusan suaminya, Aliff Aziz yang enggan menceraikannya hari ini.

Malah, dia juga tidak menyangka isu ini akan berpanjangan dan tidak selesai pada hari ini.

Pada 11 Mac lalu, Bella Astillah telah memfailkan cerai secara ekspres daripada suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Awal Mac, kecoh apabila Aliff dan aktres, Ruhainies ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Letak Recorder Dalam Kereta Sejak…” – Bella Astillah Dedah Ada Bukti Perbualan Jijik Antara Aliff Aziz, Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dah Penat Sebenarnya” – Bella Astillah Terkejut Aliff Aziz Enggan Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Aliff Aziz ‘Dalang’ Sebar Aib Bella Astillah? – “Boleh Nampak Dari Skrin Telefon Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: “Bella Seorang Yang Ceria Tapi Banyak Sembunyi Masalah – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Di Mahkamah, Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Bella Astillah – “Awak Berhak Untuk Bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Cahaya Mata Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Bijaknya Gelagat Wira Anak Betty Rahmad Buat ‘Speech’ Birthday Sendiri!

Pelakon Betty Rahmad berkongsi sebuah hantaran di platform TikTok yang memaparkan suasana majlis ulang tahun kelahiran anaknya, Ardy Wira yang ke-4, baru-baru ini. Menerusi perkongsian itu, Wira teruja menerima ramai tetamu menghadiri majlis ulang tahunnya […]

Featured Tue, 23 Aug 2022

Maid Lari Tinggalkan Anak Sendirian, Ezzaty Abdullah Tertekan Sampai Susu Badan Kering

Kalau min dapat maid macam ni sampai lumat min kerjakan 😤🤣

Hiburan Fri, 21 Jun 2019
Events Tue, 24 Jul 2018

Altimet ‘Mengidam’?

Sebelum bersara penyanyi yang pernah memenangi persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 menerusi lagu Amboi ini berhasrat untuk mengadakan mini konsert.

Featured Fri, 10 Mar 2023

“Dia Dimaki & Dipijak Seperti Tiada Maruah!” – Berang Anak Ditindas, Ibu Shuib Dedah Perkara Sebenar 

Hmmm… pasti akan ada dua sisi cerita yang berbeza, apapun jangan terus menghukum ok guys 🫶🏻

Hiburan Thu, 15 Dec 2022