Featured By: Aqilah Paharuzi September 12, 2022 @ 7:35pm

Terpaling Juara: Kurang Undian Online Punca Tersingkir, Ini Respons Ifa Raziah – “Saya Masih Teguh & Relevan..”

Penyanyi dan peserta program realiti Terpaling Juara TV3, Ifa Raziah telah lama mengetahui namanya bakal disebut sebagai peserta pertama yang tersingkit dalam program berkenaan.

Ifa ketika ditemui media berkata dia masih tetap ‘Ifa Raziah’ dan masih kekal relevan dalam industri seni hiburan ini.

“Saya akur tersingkir pada minggu ini. Saya dah kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah.

“Rezeki Allah itu luas dan bukan di sini sahaja. Dekat luar sana ada banyak lagi rezeki lain. Mungkin Allah nak tunjuk yang perjalanan saya hanya sampai di sini sahaja tapi dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang saya dapat di sini,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Ifa berkata ketua juri, Datuk Hattan memaklumkan kepadanya punca dia tersingkir adalah kerana undian online yang rendah.

“Tadi Datuk Hattan ada berjumpa dengan saya dan dia mengatakan, undian online saya rendah tetapi markah daripada pihak juri adalah tinggi.

“Mungkin para peminat saya semua hadir ke sini malam ini dan mereka tak sempat nak mengundi. Bagaimanapun, saya dah buat yang terbaik,” ujarnya.

Menurut pelantun lagu Ser Ser Ser ini juga, penyingkirannya daripada program Terpaling Juara ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkecimpung dalam bidang nyanyian, meskipun menyedari ramai diluar sana yang menghina.

“Semua ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan yang baru dan baik untuk saya. Mungkin ada yang ketawa, bertepuk tangan atau bersorak kerana saya tersingkir tetapi ia tidak mematahkan semangat saya.

“Saya tetap di sini, berdiri teguh dan masih relevan di dalam industri. Orang masih lagi memanggil saya untuk buat persembahan, berlakon dan mengacara. Yang ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama sahaja.

“Saya okay sahaja bila orang yang tak suka atau membenci saya. Saya berterima kasih kerana mereka ini yang memberikan promosi percuma kepada saya.

“Terima kasih kerana kini saya makin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Reda itu penting. Kalau tak reda, hati tak akan tenang,” ujarnya lagi.

Pada minggu keempat program Terpaling Juara, Ifa membawa lagu Purnama dan menerima pujian daripada pihak juri namun diumumkan peserta pertama tersingkir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 atau strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Artikel Berkaitan: Isu Peserta Balas Komen Juri, Datuk Ramli MS Tampil Beri Respons – “Bunyi Tak Pernah Menipu, Penyanyi Jangan…”

Sumber: Media Hiburan/ YouTube F8Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Dec 2018

Ish Ish…Ada Pihak Cuba Lagakan Rita Rudaini Dan Bekas Suami?

Hurm… tak baik tau pisahkan seorang ayah dan anak-anak. Toleransi harus ada, semua berhak bahagia.

#ThrowbackXTRA Wed, 3 May 2023
Trending Thu, 10 Sep 2020
Hiburan Wed, 26 Apr 2023

Foto Mandi Laut Amir Ahnaf Buat Netizen Tak Keruan

Seronok betul mandi pantai time time raya macamni

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Wed, 2 Feb 2022
Featured Wed, 21 Sep 2022

Ayie Elham Kongsi Perubahan Selepas Bergelar Bapa

Ayie kongsi perubahan selepas bergelar bapa

Trending Wed, 13 Nov 2019

This Virtual Windowless Plane Look So Spectacular, It Could Be A Reality Within 10 Years!

The future of airplane is looking more like a reality than just a dream..

Featured Tue, 3 Jul 2018

Filem Epik Yang Paling Dinanti Ramai! Ini 7 Trivia Menarik Tentang Filem Pulang

Penantian peminat seni filem tempatan terhadap filem arahan Kabir Bhatia, Pulang kini bakal terealisasi.