Featured By: Ad Ops July 3, 2018 @ 2:00pm

Filem Epik Yang Paling Dinanti Ramai! Ini 7 Trivia Menarik Tentang Filem Pulang

Penantian peminat seni filem tempatan terhadap filem arahan Kabir Bhatia, Pulang kini bakal terealisasi apabila filem terbitan Primeworks Studios itu bakal menjengah pawagam bermula 26 Julai 2018.

Filem epik berlatar belakangkan era 40-an itu dibintangi oleh Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Rahim Razali, Syazuwan Hassan, Juliana Evans dan ramai lagi.

Buat anda yang tidak sabar untuk menonton filem ini, Hijab & Heels kongsikan 7 trivia menarik mengenai filem Pulang.

1. Filem Pulang diangkat daripada kisah benar di mana idea asal filem ini dikongsi sendiri oleh Datuk Ahmad Izham Omar dan bapanya Omar Othman.

2. Naskhah yang merentasi perjalanan tiga generasi berbeza ini memaparkan beberapa buah lokasi terkenal antaranya Melaka, Hong Kong, Okinawa, Kepulauan Jeju dan Liverpool, England.

3. Terdapat dua set utama dalam filem ini iaitu di Pantai Penarik, Terengganu dan sebuah gudang di Setapak. Fyi, set perkampungan Serkam, Melaka yang dibuat di Terengganu terpaksa dibina semula beberapa kali gara-gara cuaca buruk yang memusnahkan sebahagian set.

4. Manakala di Setapak pula, lokasi seperti Hong Kong, Liverpool serta kabin kapal diwujudkan di dalam gudang dan memakan masa hampir sebulan penggambaran. Malah, pihak produksi juga berjaya mengeksplorasi dengan set gimbal dan bantuan sistem hidraulik untuk menghasilkan kesan efek semulajadi adegan kapal karam. Hebat kan!

5. Kesan khas visual atau teknik CGI pula menelan kos perbelanjaan sebanyak RM2 juta di mana interior dan exterior babak kapal dan set Hong Kong dibuat seratus peratus daripada mula! Kesan khas visual berinovasi ini dihasilkan oelh Basecamp VFX.

6. Secara keseluruhan, lebih 600 efek visual berjaya direalisasikan dan lebih 500 pelakon tambahan dari seluruh pelosok dunia terlibat untuk menjayakan naskhah ini.

7. Pulang merupakan filem terbesar terbitan Primeworks Studios dari segi skala dan bajet filem di mana kos perbelanjaan berjumlah RM6 juta!

Lihat, betapa hebat tak hebat kesungguhan Primeworks Studios dalam menghasilkan naskhah hebat ini. Justeru, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Pulang di pawagam berhampiran anda bermula 26 Julai 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 16 Jun 2022

[VIDEO] Kini Lebih Selektif, Fattah Amin Tolak Banyak Tawaran Berlakon Kerana…

Saya mementingkan kualiti berbanding kuantiti lakonan – Fattah Amin

Featured Fri, 5 Jul 2019

Influencer jelmaan ‘kembar’ selebriti

Iras wajah mereka mengelirukan!

Featured Thu, 11 May 2023

Dr Say Sayu Anak Sulung Terima Kad OKU – “Nak Kata Saya Malu, Sikit Pun Tak”

Besar rahmat Allah bagi kat kat ibu bapa yang ada anak-anak OKU

#TriviaXTRA Mon, 29 May 2023
Featured Tue, 27 Aug 2019