Trending By: Attiqah Mohd September 10, 2020 @ 1:36pm

Segera Langgan Sukuk Prihatin, Tarikh Akhir Langganan 17 September ini

Kerajaan hari ini memaklumkan tarikh tutup langganan Sukuk Prihatin adalah pada 17 September ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Sukuk Prihatin membuka peluang kepada rakyat untuk bersama dalam usaha kerajaan membina semula ekonomi negara pasca- Covid-19.

“Ia adalah sukuk digital pertama di Malaysia, di mana dana yang terkumpul akan disalurkan kepada inisiatif seperti penambahbaikan keterhubungan di sekolah luar bandar,sokongan kepada peniaga mikro dan penyelidikan penyakit berjangkit,” katanya dalam Laporan Laksana Ke-20 Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di Kuala Lumpur, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, Sukuk Prihatin bukan saja akan membantu mereka yang terjejas, malah ia menawarkan kadar keuntungan dua peratus setiap tahun bagi tempoh matang dua tahun, dengan bayaran keuntungan suku tahunan.

“Pada tempoh matang, pelabur boleh memilih untuk menderma prinsipal dan mendapat potongan cukai. Langganan boleh dibuat melalui kemudahan JomPAY dan DuitNow secara atas talian melalui laman web 27 institusi perbankan dengan tarikh tutup langganan adalah pada 17 September 2020,”katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023
Trending Wed, 17 Jun 2020
Featured Sat, 16 Jul 2022

[VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

Alamak apa kes ni? Fazura perli siapa? Kesian Faz teruk dikecam 🥲 Niat dia baik, tapi ramai yang salah sangka 😢 Apapun, Che Ta memang sempoi 🫰🏻

familuv Sat, 24 Dec 2022

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca. @icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil,

Trending Thu, 14 Apr 2022

“Aku Sampai Jadi Bersalah Sebab…” – Khairul Aming Tegur Kerenah Netizen Twitter Jadi ‘Batu Api’ Melaga-Lagakan Content Creator Masakan

KhairulAming tegur kerenah netizen yang suka jadi batu api melaga-lagakan content creator lain.

Drama Thu, 25 Aug 2022
Featured Thu, 20 Oct 2022

“Mana Satu Yang Real….” – Haqiem Stopa Bertemu ‘Kembar’?

Personaliti TikTok dan juga ikon permotoran, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Bin Jaafar, 22 sudah tidak asing lagi di kalangan generasi belia pada masa kini. Sering menjadi bahan cemuhan oleh warganet Haqiem

Featured Sun, 19 Dec 2021

“Ni Betul-Betul Penghibur Legenda” – Gelagat Zaiton Sameon Nyanyi Di Tengah Banjir Hiburkan Netizen

Sebuah video menampilkan penyanyi veteran, Zaiton Sameon yang sedang menyanyi di atas sebuah rakit ketika banjir tular di aplikasi TikTok. Video Zaiton menyanyikan lagu popularnya berjudul Kabut Serangkai Mawar ketika duduk di atas rakit buatan

| Live TV