Categories: HiburanSelebriti

Terpalit Cinta Lokasi, Aliff Aziz Mohon Maaf Kepada Isteri

Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz memaklumkan mahu berjumpa dengan pelakon Oktovia Manrose selepas isu ‘kantoi’ di antara pelakon wanita itu dan suaminya.

Bella yang kecewa dengan tindakan Oktovia itu memberitahu pelakon itu menolak untuk bersemuka dengannya.

“ Saya mahu bersemuka dengan suami saya, Aliff dan Via. Tetapi Via menolak maka saya hanya berjumpa Aliff.

“ Pada awalnya, Aliff tidak mengaku dengan apa yang dilakukan tetapi selepas saya menunjukkan rakaman video, dia terdiam dan memohon maaf.

“ Dia mengaku silap dan sedar dengan perbuatannya,” kata Bella kepada Harian Metro.

Akui Bella yang sudah tawar hati dengan perkahwinannya bersama pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi ini menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.

“ Apa yang berlaku ini, Tuhan nak tunjuk kepada saya. Kalau boleh saya tidak mahu hidup dalam penipuan, cukuplah.

“ Saya tidak tahu sama ada mahu memberi peluang lagi kepada Aliff. Ini kerana saya memikirkan keluarga Aliff yang terlalu baik.

“ Segalanya ambil masa…saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk masa depan perkahwinan ini,” katanya.

Sementara itu, Bella turut bertegas tidak akan memadamkan status dan paparan skrin perbualan yang mendedahkan kecurangan suaminya di IG.

SGMS Faida