Teruja Berambut Pendek, Ayda Jebat Korbankan Rambut Demi Watak

Akhirnya, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat telah memotong rambutnya ala ‘pixie cut’ bagi menjayakan watak Johanna dalam drama bersiri Bukan Gadis Biasa terbitan JS Pictures yang telah memulakan penggambaran semalam. 

Baca: “Duit Bukan Ukuran” – Ayda Jebat Lebih Suka Yang Mencabar

Ayda tidak langsung menyesal memilih untuk ‘mengorbankan’ mahkota wanitanya demi tuntutan watak, malah dia gembira dengan penampilan terbaharunya itu. 

“Ini pengalaman pertama saya memotong rambut sependek ini.  Sebelum ini, saya pernah menggayakan rambut palsu, tapi kali ini mahu cabar diri selain tampil lain.
“Meskipun berambut pendek, saya tak rasa ia teruk sangat.  Saya teruja dan gembira dengan penampilan baru ini,” katanya kepada Harian Metro.
Ayda berkata dia tidak berfikir panjang apabila diminta oleh pihak produksi untuk bersedia memotong rambutnya kerana watak Johanna memerlukan dia berambut pendek.
“Saya terus bersetuju dan bersedia dengan imej berambut pendek.
“Lagipun saya mahu sesuatu yang berbeza dan diingati oleh penonton apabila drama bersiri ini muncul di kaca televisyen kelak,” katanya lagi.

 

Kredit Foto: Instagram @aydajebat 

Del14