Teruja Punya Pasal…Kak Lina Pom Pom ‘Ditegur’ Shuk Sahar?

Sepuluh peserta program Mentor Milenia 2019 selesai membuat persembahan hebat pada konsert pertama, Ahad lalu.

Protege kepada Mentor Black, Sharee Lopes muncul sebagai peserta terbaik pada malam itu. Dengan suara yang cukup memukau, Sharee berjaya membuatkan seluruh penonton di studio 2 ‘meremang’ menyaksikan persembahannya yang wow!

Namun apa yang lebih menarik perhatian apabila pengacara Elly Mazlein atau lebih popular dengan panggilan Kak Lina Pom Pom dilihat ‘tersasul’. Alamak kenapa tu Kak Lina?

Video insiden lucu itu turut dimuatnaik di laman Instagram TV3 dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang suka dengan gaya bersahaja Kak Lina di pentas namun ada pula yang menyifatkan dia sebagai over pula. Aik…dia tak sengaja kot?

Mungkin disebabkan terlalu teruja di pentas, Kak Lina terlupa dia sedang berapa di pentas Mentor Milenia dan bukannya Mentor Otai.

Ala korang ni pun, kasi la chance, maklum sahaja hati Kak Lina kan tengah berbunga-bunga sejak dirisik kekasih hati, baru-baru ini. ‘Wanita Terbahagia’ pada saat ini, pastilah excited buat kerja, betul tak? Apapun, kami memang terhibur tengok gelagat Kak Lina Pom Pom dan Shuk Sahar di pentas Mentor Milenia 2019!

Mentor Milenia menemui penonton TV3 pada setiap Ahad jam 9 malam​ selama 10 episod.

Juara Mentor Milenia 2019 akan memenangi RM100,000 berserta trofi.

SGMS Faida