“Terus Jantung Macam Jatuh” – Aaron Aziz Terkejut Dapat Berita Isteri Terbabit Kemalangan

Isteri kepada pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan kereta petang semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aaron memberitahu dia menerima mesej daripada isterinya itu selepas bangun dari tidur.

Menurut Aaron dia mengakui berasa terkejut dengan berita insiden tersebut malah bersyukur Diyana tidak mempunyai kecederaan serius.

“SubhanAllah bangun tidur dapat mesej daripada my darling dia terlibat dalam kemalangan. Kereta sondol dari belakang.

“Terus jantung macam jatuh, anxious. Terus suruh dia straight ke Prince Court sebab sakit belakang dia dari leher ke pinggang.

“Alhamdulillah X-ray ok. Tapi doktor suruh monitor dan total rest for 48jam. Thank you to the nurses of PMC. Selalu terbaik,” jelas Aaron.

Aaron turut menasihati isterinya itu agar terus berehat untuk kembali sembuh.

“Rest ok Dar. Bukan ke sana sini, faham. Dia ni kalau tak sakit, memang ligat. Kalau tak kerja ada je aktiviti dia. Kita tengok dia boleh duduk diam tak,” ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut, Aaron juga turut berkongsi keadaan kereta yang dipandu isterinya itu dan keadaan Diyana ketika dirawat di hospital.

Meninjau di ruangan komen mendapati rata-rata peminat mendoakan Diyana kembali sembuh.

Khairil Khusyairi