Hiburan By: Padin November 14, 2023 @ 10:11am

Teruskan Solidariti Terhadap Palestin, Ella Bakal Bawa Konsert Jilid Akhir Puteri Kota Ke Sabah!

Ratu rock negara, Ella bakal menghangatkan peminat di Sabah pada 20 Januari 2024 menerusi penganjuran konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu selepas kejayaan penganjuran konsert di Pulau Pinang.

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 56, memaklumkan konsert itu turut diadakan bagi menyokong masyarakat Palestin di mana sebahagian jualan tiket akan disumbangkan melalui tabung Cinta Gaza Malaysia.

“Saya berterima kasih buat semua pihak, terutamanya peminat yang menyokong solidariti saya terhadap Palestin melalui sumbangan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia. Ia salah satu cara kita dapat membantu secara fizikal dan sudah pastinya doa dari semua,” katanya.

Ketika di konsert Pulau Pinang lalu, Ella muncul dalam busana serba putih membawa bendera Palestin memberi simbolik solidariti terhadap rakyat negara itu.

Malah hasil jualan tiket konsert berkenaan Ella telah menyumbang lebih RM30,000 buat rakyat Gaza, Palestin menerusi tabung yang disalurkan kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

“Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa buat saudara kita yang terkorban dan sedang bergelut dengan konflik peperangan di sana, ‘free Palestine’!” kata Ella.

Konsert di Kota Kinabalu bakal turut diserikan dengan beberapa penampilan istimewa penyanyi yang masih lagi dirahsiakan serta turut menampilkan duet Ella bersama suami, Kapten Azhar Ghazali menerusi lagu Peace Love Rindu dan Mendung Tak Bererti Hujan.

Dalam konsert berkenaan, Ella bakal mendendangkan hampir 40 lagu hitnya seperti Belenggu, Tiada Tangis Lagi, Sujud, Prinsip, Anak Patung, Retak dan banyak lagi.

Buat yang berminat, tiket sudah mula dijual di Hitmanlive.com dengan harga serendah RM98 sehingga RM358.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Dec 2023

Naluri Seorang Bapa, Sharnaaz Ahmad Terkesan Kematian Zayn Rayyan… Mohon Kes Disiasat Secara Teliti – “Bukan Nak Salahkan Takdir Tapi…”

Yelah, bayangkan kita kat tempat keluarga mangsa. Apa agaknya perasaan anak kecil macam tu mati dibunuh💔

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Events Sun, 9 Feb 2020
Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Featured Fri, 26 Aug 2022

“Cara Cakap Pun Sama” – Netizen Terkejut Jumpa Kembar Fazura

Kembar Fazura yang terpisah ke ni? Cara cakap pun nak sama dah 😅😍

Events Tue, 25 Jun 2019

Hael Husaini Salah Buat Pilihan?

Janganlah sedih okay Hael! Next time, cuba lagi