Featured By: Salma Syahbuddin December 8, 2023 @ 3:30pm

Naluri Seorang Bapa, Sharnaaz Ahmad Terkesan Kematian Zayn Rayyan… Mohon Kes Disiasat Secara Teliti – “Bukan Nak Salahkan Takdir Tapi…”

Pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat terkesan dengan kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan mengiring ditepi aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya pada Khamis.

Susulan itu, aktor filem The Original Gangster ini menyeru agar pihak berwajib menjalankan siasatan secara terperinci susulan terdapat kesan jenayah dibadan mangsa.

“Aku down bila budak-budak meninggal.

“Harap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) siasat betul-betul apa jadi… Bukan nak salahkan takdir. Tapi entahlah mat,”katanya.

Perkara itu dikongsi Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya.

Dalam hantaran berlainan pula, Sharnaaz seakan-akan memberikan gambaran bahawa naluri seorang ayah membuatkan dia dapat merasakan nasib yang bakal menimpa adik Zayn Rayyan sejak berita kehilangannya tular.

“Naluri aku tak salah. Allahuakbar!,” tulisnya.

Terdahulu, pihak polis kini sedang menubuhkan pasukan khas (task force) bagi membantu sisatan berhubung kes.

Ia selepas hasil bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri) selain memaklumkan bahawa mangsa dilaporkan telah meninggal dunia 48 jam di lokasi lain sebelum ditemui.

 

Artikel Berkaitan:Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

Artikel Berkaitan:Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

Artikel Berkaitan: Pertikai Strategi Perang Tentera Hamas, Sharnaaz Ahmad Bidas Azhar Sulaiman – “Kita Belum Tentu Mati Semulia Depa”

Artikel Berkaitan: “Dah Main Kasar Ni!” – Tegur Sharnaaz Ahmad, Azhar Sulaiman Pertahan Netizen sokong Isu Pejuang Palestin-Israel

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf Guna Bahasa ‘Kasar’, Sharnaaz Ahmad Nafi Berbalah Dengan Azhar Sulaiman – “Tak Nak Nampak Kurang Ajar”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 May 2022

Akibat Tunggang Basikal Lajak, Pemuda Lumpuh & Hilang Kaki Kiri Sejak 14 Tahun… Mahu Bangkit Ubah Nasib Diri!

Basikal lajak punca pemuda ini lumpuh dan hilang kaki kiri sejak 14 tahun.

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Trending Fri, 9 Nov 2018

Hati Putera Mateen Milik Wanita Jelita Ini?

Namun begitu, netizen di Twitter memaklumkan wanita jelita ini merupakan sepupu atau family friend kepada Mateen. 

Trending Thu, 30 Nov 2017

当爸爸单独带小孩才会发生的超爆笑状况!

妈妈总有忙碌或想休息的时候,所以会将照顾小孩任务交给爸爸带,只是妈妈不知道每个男人心里都住着一个小男孩。

Hiburan Sat, 25 Aug 2018

Sweetnya! Luar Biasa Sungguh Ucapan Hari Jadi Nabila Huda Kepada Suami

Saat kita pertama kali jumpa, saya dapat lihat betapa kelakarnya awak. Dan selepas itu saya sedar, wujud seorang lelaki berhati baik, penyayang dan pelindung.

Featured Mon, 9 Mar 2020

Kira kalori minimum untuk turunkan berat badan

Hasilnya pasti mengujakan, jom buat!

Selebriti Sun, 3 Sep 2023

“Semoga Ada Jalan Noktah Supaya Tiada Pihak Mengganggu Ketenteraman Sarah & Cucu-Cucu Kami” – Datuk Yusof Haslam

Untung Sarah ada mentua yang sangat sayang dan peduli soal kebahagiaan dia serta anak-anak.