Featured By: Nurul Hana June 14, 2023 @ 4:19pm

“This Duo Was So Unexpected” – Amelia Henderson Jemput Ameera Khan Sebagai Tetamu Undangan di Studio Sembang Buat Netizen Tak Keruan

Pelakon dan model jelita, Amelia Henderson selaku hos Studio Sembang sering menampilkan pelbagai tetamu undangan.

Baru-baru ini, Studio Sembang memuat naik sedutan video tetamu undangan buat minggu ini dan ia telah meraih perhatian dalam kalangan peminat kerana menampilkan pempengaruh media sosial, Ameera Khan.

“Eh korang dah teka betul dah tu, Ameera Khan lah guest Studio Sembang minggu ni. We know susah nak dengar Ameera borak, so this Thursday make sure korang layan episode ni,” tulis di ruangan kapsyen.

Ameera yang terkenal sebagai adik kepada selebriti Neelofa disukai ramai kerana personaliti dan keletahnya, terutama cara gelak tawa yang sukar dikawal.

@studiosembang eh korang dah teka betul dah tu, @Ameera Khan lah guest #studiosembang minggu ni! we know susah nak dengar Ameera borak so this thursday make sure korang layan episode ni at 10pm on @YouTube @Spotify & @Apple Podcasts k! #jomsembang ♬ original sound – Studio Sembang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak dapat menjangkakan tetamu undangan minggu ini, malah ramai yang tidak sabar untuk menunggu episod kali ini.

“Kalau ada Ameera aku tengok. Weh wajib tengok! Terhibur tengok Ameera gelak.

“This duo was so unexpected. I didn’t expect this! Can’t wait,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 27 Feb 2020
Trending Thu, 4 Jun 2020
Events Tue, 30 Oct 2018
Hiburan Thu, 7 Apr 2022
Eat Travel Mon, 6 Jan 2020

Resipi kuih tepung bungkus paling sedap dan mudah

Peminat kuih tradisional wajib cuba!