Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 4, 2023 @ 11:00am

#ThrowbackXTRA: Indah Ruhaila Imbau Momen Chandelier Jatuh Di Pentas AJL29

Bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) semakin dirasai memandangkan acara berprestij tahunan TV3 itu bakal diadakan pada 12 Februari ini.

Bukan itu sahaja, di program itu juga para penonton dapat menyaksikan pelbagai momen epik atau menarik yang berlaku sewaktu acara berlangsung.

Pada AJL29 yang lalu, penyanyi Indah Ruhaila telah tampil mempertaruhkan lagu yang berjudul Percayalah sekali gus memukau para penonton dengan nyanyian yang penuh menyentuh perasaan.

Sewaktu menyampaikan lagu tersebut, terdapat sebuah momen epik yang berlaku di mana lampu Chandelier yang menghiasi pentas gamat itu terhempas ketika persembahan berlangsung.

Menurut Indah, kejadian tersebut merupakan salah satu gimik yang dirancang oleh produksi yang bekerjasama dengannya ketika itu.

“Sebenarnya, pada AJL29 tu saya ada assign satu production ni. Production tu yang plan saya punya stage dan saya request nak chandelier tu sebab nak nampak macam istana dan puteri.

“Idea tu datang dari production tu sendiri. Mereka maklumkan yang mereka nak buat gimik sikit, tetapi dia tak cakap dengan saya minit ke berapa gimik itu akan dilakukan. Saya ingat mereka main-main.

“Masa live tu ketika saya tengah menyanyi tu saya tutup mata tiba-tiba saya tak perasan yang chandelier tu dah jatuh. Mungkin saya terlalu menjiwai lagu tu sampai tak perasan lampu tu dah kat lantai.

“Perkara tu buat orang rasa benda tu bukan gimik, orang rasa benda tu betul. Itulah momen dia. Walaupun masa tu saya rasa terkejut, saya tetap teruskan menyanyi,” katanya kepada XTRA.

Untuk makluman, AJL mula diperkenalkan sejak tahun 1986 dan telah menyaksikan pelbagai kemenangan yang diperolehi oleh penggiat muzik tanah air.

Antara kategori yang sering dipertaruhkan oleh setiap calon yang terlibat dalam pertandingan tahunan ini ialah kedudukan Juara, Naib Juara dan tempat ketiga serta persembahan terbaik, vokal terbaik dan lirik terbaik.

Malah, antara barisan kontestan yang bakal merebut takhta juara pada AJL37 kali ini ialah, Aina Abdul, Marsha Milan, Ernie Zakri, Khai Bahar, Alif Satar & The Loco, Shiha Zikir, Iman Troye serta Shila Amzah dan Liza Hanim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Dec 2018

Bakal Doktor Juara Gadis Panca MyBeauty 2018

Tahniah Husna, you deserve it girl!

Featured Wed, 30 Jul 2025
Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Terima Kasih, Abang Nam Ron!

Saya akui sebagai pelakon baharu, agak susah untuk menjiwai sesebuah watak.

Trending Thu, 4 Jan 2024

Faizal Hussein Masih Gagah Buat ‘Stunt’ Sendiri

Pelakon senior Faizal Hussein mendedahkan dirinya masih mampu membuat aksi atau ‘stunt’ sendiri menerusi drama bersiri W: Two Worlds. Menurut Faizal, dia bersyukur dirinya masih lagi ditawarkan watak-watak yang mencabar meskipun sudah berusia. “Saya bersyukur […]

Hiburan Thu, 3 Jul 2025
Featured Wed, 13 Apr 2022
Hiburan Sat, 5 Jul 2025

Penceramah Bebas Ditahan, Disyaki Rakam & Sebar Video S*ks Bersama 4 Isteri

Penceramah bebas rakam dan edar aksi seks bersama empat isteri.

error: Content is protected !!