Categories: HiburanSelebriti

TIADA MASALAH ANTARA KAMI – FARID KAMIL

Selepas sahaja selesai ikat jamin atas pertuduhan penyalahgunaan dadah jenis THC di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis, Datuk Farid diasak dengan pelbagai soalan termasuklah mengenai hubungannya bersama isteri, Datin Diana Danielle. 

Datuk Farid Kamil bersama isterinya, Diana Danielle

 

Menurut Farid, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan isterinya itu malah menyatakan rasa syukurnya kerana memiliki isteri dan anak-anak yang sentiasa ada disisi.

“Kami baik-baik saja.Tiada masalah antara kami. Saya bersyukur ada isteri dan anak-anak bersama-sama dalam situasi begini. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan saya.” Katanya

Datuk Farid Kamil bersama isteri dan juga anak-anaknya

 

Bagaimanapun, kelibat Datin Diana Danielle tidak kelihatan pada pagi ini untuk menemani suaminya itu. Bagaimanapun, Farid hanya ditemani oleh adiknya, Fadzil Zahari dan peguamnya, Athari Bahardi.

Salma Syahbuddin