‘Tiada Rezeki Kali Ini’- Syafiq Kyle

“Saya anggap tiada rezeki kami untuk projek kali ini,” komen pelakon Syafiq Kyle mengenai pembatalan projek filem Nur yang sepatutnya memulakan penggambaran tahun hadapan. 

Kata Syafiq, dia dimaklumkan mengenai berita ini dan tidak terkejut ketika dimaklumkan.

“Sebagai pelakon, saya percaya keputusan itu dibuat selepas perbincangan semua pihak yang terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Namun pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan projek menghasilkan drama Nur ke layar lebar terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu termasuklah kos yang tinggi.

Mengulas perancangan drama bersiri Nur 3 dan teater muzikal Nur pula, Syafiq berkata, dia sedia pertimbangkan jika ada tawaran.

“Setakat ini, Shahrulezad belum buka cerita mengenai projek drama atau teater muzikal.

“Seperti yang umum sedia maklum Ustaz Adam watak utama dalam Nur. Cuma, jika benar ada sambungan, saya harap biarlah jalan ceritanya lebih menarik bagi mengelakkan orang anggap cerita Nur sudah basi nanti,” katanya.

 

SGMS Faida