Events By: SGMS Fas November 29, 2019 @ 4:14pm

‘Tidak Adil Membuat Tuduhan’ – Neelofa

“Sebagai seorang adik, sudah tentu saya akan sokong berada di samping dia,” demikian kata pengacara terkenal, Neelofa berhubung kemelut rumah tangga kakaknya, Noor Nabila.

Neelofa memberitahu tidak adil sekiranya orang luar menuduh dirinya campur tangan dalam masalah yang melanda Nabila dan suaminya, Sharnaaz Ahmad.

“Tidak adil untuk membuat tuduhan sebegitu. Keluarga pihak sana pun pasti akan bersuara di media sosial, buat benda yang sama jadi tidak adil menuding jari sebelah pihak sahaja.

“Menyokong dan bersuara, jadi pada saya sama sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan koleksi kasut kolaborasi bersama jenama Giuseppe Zanotti di Pavilion semalam.

Tambah Neelofa, dia gembira melihat keadaan kakaknya yang bertambah positif walaupun berdepan dengan masalah peribadi.

“Saya gembira untuk dia, saya sayangkan dia dan sangat sayangkan anaknya, Jebat Jayden.

“Keluarga kami memang sangat supportif pada kakak, bukan saya sahaja malah kawan-kawan dan sepupu sentiasa ada untuk dia,” katanya.

Dalam masa sama, dia melihat kakaknya lebih matang dan kuat selepas melalui ujian ini.

“Pengalaman ini membuatkan dia lebih bersedia untuk mempertimbangkan sekiranya bertemu jodoh lain selepas ini.

“Saya lihat dia semakin kuat dan banyak benda dalam menempuh perbicaraan seterusnya berhubung kes penceraian ini,” akhiri Neelofa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Mar 2023
Featured Thu, 10 Mar 2022

Sarat Hamil, Elfira Loy Buat Aksi Lompat Jauh Sambil Berkasut Tumit Tinggi Buat Ramai Risau!

Fuh, seriau Min tengok! Berani betul bekas atlet lompat jauh ni ya 🤯

Hiburan Thu, 13 Jun 2019
Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Sembuhkan Rindu Taruhan Pertama Sekar Qaanita

Gadis kelahiran Jakarta ini juga bakal tampil dengan album mini tak lama lagi namun mengambil pendekatan dengan melancarkan lagu demi lagu dahulu.

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Looks Like BLACKPINK Will Be Making Their Hollywood Debut Soon

They just signed with Interscope Records!

LIFESTYLE Mon, 4 Mar 2019

These 6 Malaysian Hotels are Forbes Travel Guide 2019 Star Award Winners

These 6 hotels are on par with other international establishments.

Hiburan Sun, 10 Dec 2017

Konsert Amal Damasutra di Hard Rock Cafe

kemunculan Damasutra kali ini adalah menjayakan misi penting bagi mengumpul dana tabung bantuan Rohingya. 

Hiburan Thu, 30 Sep 2021

Jalankan Bisnes Bersama Kekasih Petanda Nak Melangkah Ke Fasa Seterusnya? Ini Respons Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad menafikan bisnes yang diusahakan bersama kekasihnya, penyanyi Raja Syahiran adalah sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa seterusnya. Mengusahakan perniagaan gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru,

Featured Fri, 26 Nov 2021

Angkara Pembesar Suara Seorang Lelaki Kurang Siuman Terkoban Nyawa

Akibat pergaduhan yang membawa maut, polis telah menahan tiga suspek termasuk dua beranak yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu di pasar pagi Flat Jalan Ashby di Ipoh, Perak pada Khamis. Memetik laporan Sinar Harian, mangsa

| Live TV