Events By: Salma Syahbuddin April 20, 2022 @ 8:13pm

“Budak Tu Masih Trauma, Cara Dia Pegang Nurse Pun Dah Tau…” – Rina Harun Dihentam Netizen Gara-Gara Bawa Media Jumpa Bella

Selepas tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun dipersoalkan berhubung kes melibatkan adik Bella, kali ini tindakan menteri itu sekali lagi mendapat kecaman netizen menerusi laman sosial Twitter sejak semalam.

Ia selepas video berdurasi 45 saat menunjukkan Rina Harun bersama-sama rakan wartawan, Jurufoto dan Juruvideo datang melawat Bella di hospital tempat di mana Bella sedang mendapatkan rawatan tular.

Malah, kelibat Bella yang seakan-akan takut berjumpa dengan orang ramai dapat dilihat dengan jelas menerusi video tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan Rina Harun sebagai tidak berasas dan kurang rasa empati memandangkan Bella sebelum ini dilaporkan masih mengalami trauma akibat penderaan yang dialaminya.

Sementara itu, salah seorang individu yang dikenali sebagai @SyedAkramin menerusi ciapannya di Twitter berkata,  tindakan Rina membawa pengamal media ke hospital berkenaan adalah atas dasar mahukan publisiti semata-mata.

Justeru itu, netizen berharap mana-mana pihak yang ingin membantu Bella pada masa hadapan haruslah mendahulukan privasi dan menjaga perasaan anak Sindrom Down itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Terima Berita Adik Putus Cinta, Asyraf Khalid Luah Rasa Sedih

Tyra memiliki masa depan cerah, mana-mana lelaki yang memiliki awak sangat bertuah.

Featured Mon, 27 Apr 2020
Events Mon, 2 Jul 2018
Trending Mon, 27 Sep 2021

“Ada Lebam Sedikit, Berdarah” – Elizabeth Tan Dedah Alami Cedera Ringan Gara-Gara…

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, penyanyi Elizabeth Tan juga menjadi bintang pilihan untuk menghiasi karya di televisyen dan filem. Terbaharu, wanita yang mesra dengan nama Lizzy ini bakal muncul dalam drama terbaru Gerak Khas Undercover […]

Featured Fri, 22 Apr 2022