Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 9, 2023 @ 6:21pm

Tidak Kisah Dengan Status Duda Anak 4, Watie Yakin Shuib Boleh Jadi Suami Terbaik – “Dia Ada Rekod Yang Baik”

Tunang kepada pelawak Shuib, Watie mengakui dirinya tidak mengambil masa untuk menerima lamaran selebriti itu.

Biarpun sedar pelawak itu berstatus duda anak empat, Watie yakin Shuib mampu menjadi suami dan bapa yang baik buatnya dan anak-anak.

“Shuib ada rekod yang bagus. Ini dapat dilihat ketika dia bersama arwah isterinya, Siti Sarah.

“Saya beritahu keluarga dan meminta pandangan mereka terlebih dahulu. Lagipun, mereka tahu saya sukakan budak-budak.

“Dalam masa yang sama, penerimaan anak dan ibu Shuib yang baik terhadap saya itu membuatkan saya tidak ambil masa untuk terima lamarannya.

“Saya percaya dia boleh menjadi suami dan pemimpin yang baik buat saya,” katanya.

Sebelum ini, Watie menyedari selepas dirinya menerima lamaran Shuib setiap gerak-gerinya mula menjadi perhatian.

Bahkan, ada juga pihak yang mengungkit kembali kisah silam wanita itu sehingga menjadi bualan hangat wargamaya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi Saya Orang Luar Punya Pandangan Itu Tak Penting” – Watie Hanifiah

Enggan bakal isterinya terus menjadi mangsa kecaman, Shuib berharap agar orang ramai menghentikan perbuatan tersebut.

“Benda ini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi kami sedang menuju ke arah kebaikan. Tapi saya tahu, benda macam ini kami tidak boleh halang. Jadi, kena fikir positif sahaja.

“Bagi saya tidak perlulah ungkit kisah lama Watie. Siapa pun yang hadir dalam hidup saya, saya kena hargai seperti saya lakukan terhadap arwah Siti Sarah.

“Asalkan keluarga Watie tahu dan faham situasi sebenar, itu sudah memadai. Anak saya pun okay sebab sudah biasa,” katanya pada sidang media program Walimatulurus Shuib dan Watie di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Shuib dan Watie akan diijabkabulkan pada 23 Jun ini di Putra Glass House, Putra Heights dengan hanya 600 tetamu diundang.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada 6 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernikahan Dengan Watie Terima Tajaan Lebih RM1 Juta, Shuib Umum Tiada Majlis Resepsi

ARTIKEL BERKAITAN: Menghitung Hari Bahagia Bersama Watie, Shuib Tak Kisah Dengan Tanggapan Orang – “Ada Yang Lebih Cepat Dari Saya”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 11 Sep 2022

Netizen Sindir Nabil Ahmad Gara-Gara Pergi Konsert Dewa 19

Haa dah kenapa pulak ni sindir-sindir?

Trending Wed, 25 Dec 2019

Hanya Kerana Gambar Kampung Di Perlis Dikongsi Apple …

Raih Ratusan Ribu ‘Like’, Dipuji Seluruh Dunia

Hiburan Thu, 18 May 2023
Events Tue, 24 Jul 2018

Altimet ‘Mengidam’?

Sebelum bersara penyanyi yang pernah memenangi persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 menerusi lagu Amboi ini berhasrat untuk mengadakan mini konsert.

Featured Sat, 22 Nov 2025

Farahdhiya Selesa Cari Jodoh Guna Cara ‘Old Fashioned’ – “Orang Zaman Sekarang Suka Buat & Cakap Benda Pelik-Pelik, Saya Jadi Takut”

“Hari ni nampak ramai pula yang mencari jodoh untuk diri sendiri. Good idea sebenarnya tapi…” – Farahdhiya

Trending Wed, 4 Mar 2020

《XTRA中文》停止更新

亲爱的读者: 您好,感谢各位长期以来给予网站的大力支持。 随着公司战略的调整推进,从即日起《XTRA中文》将停止更新。 via GIPHY 祝愿各位安康吉祥。

error: Content is protected !!