Tidak Pernah Berdamai, Anak Zainal Abidin Dedah Bapa Dah Ceraikan Fyna Jebat?

Anak kepada jurulatih dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin iaitu Zahirah Aisyah mendedahkan bapanya sudah menceraikan isteri kedua, Fyna Jebat.

Pendedahan tersebut dibuat menerusi ruangan komen hantaran di Instagram @aleale.dr mengenai hubungan isteri pertama Zainal dan Fyna yang dikatakan sudah berdamai.

Menurut Aisyah, ibunya tidak pernah berdamai dengan sesiapa termasuk Fyna lantaran kejadian pergaduhan di restoran mamak, pada awal tahun ini.

Selain itu, dia juga menyatakan artikel tersebut tidak benar dan meminta agar pihak portal itu untuk memadamnya.

“Kenapa perlu post balik cerita 4 bulan yang lepas? Also, my mom did not ‘berdamai’ with anyone and this story is not true,” ujarnya.

Sementara itu, Aisyah mendedahkan Fyna sudah diceraikan oleh bapanya.

“And for your information, my dad has divorced Fyna Jebat. Mohon delete post ni, thank you,” jelasnya.

Sekitar Januari awal tahun ini, Fyna telah mengaku bahawa sudah berumah tangga dengan Datuk Zainal Abidin Hassan namun tidak mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.

Untuk rekod, bekas jurulatih pasukan Pahang FC itu mendirikan rumah tangga dengan isteri pertama, Datin Zalina Zaini pada 1980 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Maya Basir