Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 16, 2023 @ 9:00pm

“Tidaklah Semua Bekas Isteri Itu Teruk Sangat” – Elly Arifin Terkilan Dituduh Tumpang Populariti Jiggy & Dhabitah Gara-Gara…

Umum mengetahui bahawa pelakon Jiggy Masin dan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri telah mendirikan rumah tangga pada 28 Aril lalu.

Berita gembira tersebut mendapat perhatian bekas isteri Jiggy iaitu pengacara dan pelakon, Elly Arifin yang turut mengucapkan tahniah kepada Jiggy dan Dhabitah.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Ariffin Ucap Tahniah Kepada Bekas Suami & Dhabitah, Titip Pesan Dalam Perkahwinan – “Kunci Rumah Tangga Adalah…”

Terbaharu, Elly atau nama lengkapnya Nurul Elyana Kamalul Arifin menafikan dakwaan bahawa dia berbuat demikian semata mahu menumpang populariti pasangan tersebut.

Menurut Elly, dia terkilan dengan dakwaan tersebut sebaliknya menganggap perkara itu (ucap tahniah) tidak salah kerana sekadar menumpang gembira atas perkahwinan.

“Saya terkilan bila dalam media sosial, ada yang kata saya menumpang populariti Jiggy dan Dhabitah. Mereka mempersoalkan kenapa bila berita perkahwinan mereka sudah viral, kemudian saya muncul dengan beri kenyataan.

“Saya bukan saja-saja beri kenyataan, sebagai orang yang pernah berada dalam hidup dia (Jiggy), mengapa tidak saya berkongsi rasa gembira dengannya. Tidak salah jika sama-sama berkongsi perkara positif. Tidaklah semua bekas isteri itu teruk sangat,” katanya.

Tambah Elly lagi, dia memaklumkan masih bersahabat dengan bekas suaminya itu malah turut terbuka untuk bertemu dengan Dhabitah

“Walaupun sudah berpisah, namun saya dan Jiggy masih berkawan baik. Malah, saya juga terbuka sekiranya Jiggy bawa Dhabitah bertemu saya.

“Malah memang pernah pun Dhabitah ingin berjumpa saya, cumanya waktu itu tidak kesampaian sebab agak sibuk.

“Setiap individu berbeza pendekatan yang mereka lakukan, biarpun saya pernah menjadi isteri Jiggy, tetapi usia saya dan Dhabitah sangat berbeza.

“Saya tidak layak untuk beri nasihat pada Dhabitah, tetapi saya percaya dia ada caranya tersendiri untuk jaga dan pikat hati Jiggy,” katanya.

Terdahulu, Jiggy dan Dhabitah Sabri sah bergelar suami isteri pada 28 April lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Untuk rekod, Elly dan Jiggy pernah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun bercerai pada 30 Januari 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 Tahun Berkenalan, Jiggy Masin Tamat Zaman Duda Dengan Dhabitah Sabri

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Sun, 28 Aug 2022
Hiburan Fri, 5 Oct 2018

梁文音阔别四年后带新专辑来马开唱!

「幸褔歌姬」梁文音阔别四年后,将带着她的全新专辑来马开唱!

Featured Sun, 26 Dec 2021

Baru Berusia 6 Tahun, Anak Vivy Yusof Beri Duit Simpanan Untuk Beli Mainan Kepada Mangsa Banjir

Baru-baru ini usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya memberitahu anak perempuannya yang berusia enam tahun telah menghulurkan duit simpanan untuk diberikan kepada mangsa banjir. Ibu kepada empat orang anak […]

Featured Thu, 9 Feb 2023

AJL 37: Berjaya Jadi Finalis Tutup Mulut Pengecam? Iman Troye Nafi Riyak

Fuhhh, pencapaian yang amat membanggakan. All the best Iman untuk Ahad ni 🤩🤩

Hiburan Mon, 8 May 2023
Hiburan Sun, 18 May 2025
Hiburan Wed, 31 May 2023

Music Is Universal Tampilkan DOLLA, Airliftz, & Mikha Angelo

fuh lain macam lah acara muzik serantau ni

Hiburan Mon, 29 Jan 2024

Dedah Nama Penuh Musa, Warganet Kritik Tindakan Noh Salleh

Harapnya konflik ini dapat diselesaikan dengan segera.

Hiburan Sun, 28 Jul 2019
error: Content is protected !!