Tiga Kali Cerai, Nikita Mirzani Belum Serik…

Belum selesai kes penceraian dengan bekas suami Dipo Latief, selebriti terkenal Indonesia Nikita Mirzani sudah menemui pengganti.

Kali ini, Nikita dilihat tidak lagi memilih warga senegara asalnya malah tertarik dengan jejaka berasal dari Perancis.

Baru-baru ini, Nikita dilihat bercuti ke kota romantis, Paris.

Menerusi laman Instagram Nikita, dia mengaku menerima sebentuk cincin daripada lelaki yang dikenali sebagai Bet.

“Walaupun selamat sampai ke Jakarta, hubungan saya dan Bet masih berjalan baik.

“Ya, cincin aku pakai ini dari dia,” katanya kepada Grid.ID.

Difahamkan, Bet merupakan seorang pelakon di negara kelahirannya.

Namun begitu, pelakon filem Comic 8 itu menafikan dirinya sudah dilamar Bet.

“Dia kasi sahaja, bukan lamaran. Ini cincin peninggalan neneknya. Jadi ada alasan lagi untuk kami bertemu selepas ini,” katanya.

Untuk rekod, Nikita pernah berkahwin tiga kali sebelum ini dan mempunyai tiga orang anak Arkana, Azka dan Loly.

SGMS Faida