Categories: Filem

Selepas Isu Cerai, Liam Hemsworth Bawa Diri Ke Australia

Kalau sebelum ini, penyanyi dan pelakon kanak-kanak yang popular menerusi siri Hannah Montana ini pernah mendapatkan rawatan psikatri kerana hubungannya bersama pelakon Liam Hemsworth tidak menjadi, tapi kali ini lain pula jadinya apabila Miley memilih untuk berpisah bersama bekas suaminya itu dan memilih untuk menjalinkan hubungan sejenis bersama seorang wanita bernama Kaitlynn Carter.

Menurut pelakon The Hunger Games, Liam Hemsworth, Miley Cyrus mengumumkan perpisahan mereka beberapa jam sebelum ulangtahun kelahirannya yang ke 29. 

Malah, Liam juga turut memuat naik gambar berserta caption memberitahu bahawa hubungannya dengan Miley kini sudah berakhir menerusi laman instagram miliknya hari ini. 

Dan berharap agar selepas ini Miley gembira dan sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat.
Disebabkan berita perpisahan mereka telahpun diketahui peminat,  Liam kini membawa diri ke Australia untuk tinggal bersama abangnya, Chris Hemsworth.
Menurut sumber Metro.uk juga, Liam pada mulanya mengambil keputusan untuk berada di Australia selama tiga hari namun terpaksa memanjangkan cuti beliau akibat terlalu sedih dengan perpisahan ini.
Terdahulu, beberapa spekulasi mengatakan Miley mengambil keputusan untuk bercerai kerana terlibat dengan hubungan sejenis. Malah, beberapa gambar menunjukkan aksi romantis  Miley dan Kaitlynn kini sudah tersebar di internet.
Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan rahsia mereka pada 23 Disember 2018 dan hanya sempat bertahan selama 8 bulan sahaja.
Walaupun sebelum ini Liam pernah mempunyai impian untuk membina keluarga bersama Miley dalam masa yang terdekat, namun menurut Liam keadaan sekarang sudah tidak terkawal dan tiada jalan untuk mereka memperbetulkan hubungan ini semula.
Salma Syahbuddin