Timang Cahaya Mata Ketiga, Tahniah Buat Fakhrul UNIC!

Anggota kumpulan nasyid UNIC, iaitu Fakhrul selamat menimang cahaya mata ketiganya semalam. Tahniah Fakhrul!

Fakhrul atau nama sebenarnya Mohd Fakhrul Radhi Khamaruddin berkongsi rasa syukur dan memberitahu peminat tarikh istimewa itu menerusi laman media sosial Instagram miliknya semalam.

“Alhamdulillah, kakak kepada adik ipar saya iaitu isteri telah selamat melahirkan baby boy, 3.66 kg. Sado bukan?” Tulisnya

 

“Anak dan isteri kedua-duanya selamat. Terima kasih doktor dan nurse Hospital Sungai Buloh. Terima kasih atas doa semua,” tulis Fakhrul.

Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen foto tersebut dengan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata ketiganya.

Sumber: Instagram Fakhrul UNIC

 

Sumber: Instagram Fakhrul UNIC

 

Terdahulu, Fakhrul mendirikan rumah tangga dengan pasangan, Siti Syahirah Sohimi, 34, dan sebelum ini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Muqri, 8 dan Waffa Illiyyin, 6.

Syafiqa Irdina