TMJ Sah Tinggalkan JDT -“Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Kelab Dan Semua…”

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pengumuman mengejut apabila memaklumkan beliau telah meninggalkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengumuman berkenaan dibuat pemilik Kelab Bolasepak JDT itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi kelab berkenaan sebentar tadi.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Keputusan yang dibuat itu pastinya mengejutkan rata-rata peminat kelab bola sepak berkenaan lantas peminat percaya bahawa perletakan jawatan ini dipercayai berkait rapat dengan pentadbiran negeri Johor.

Untuk rekod, Tunku Ismail telah melakukan pelbagai transformasi kelab bola sepak JDT sejak beliau mengambil alih pasukan berkenaan pada tahun 2012.

Malah, sepanjang tempoh 10 tahun itu, pasukan Harimau Selatan dibawah pengurusan Tunku Ismail berjaya  merangkul pelbagai kemenangan bermula dengan memenangi gelaran Liga Super pada tahun 2014 sehinggalah muncul juara bagi lapan musim berturut-turut.

ARTIKEL BERKAITAN:Disindir Gara-Gara Pasukan JDT Kalah, TMJ Bagi Pesanan ‘Deep’ Buat Individu Ini

ARTIKEL BERKAITAN:“Kita Ada Etika Kerja & Itu Ada Dalam Kontrak”- TMJ Akui Denda Pemain Sehingga RM40,000

Sumber: Facebook TMJ, Sinar

Salma Syahbuddin