“Tolong Jangan Tekan Link!”- Neelofa Minta Orang Ramai Waspada, Dedah Scammer Guna Nama & Keratan Akhbar Untuk Menipu

Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor hari ini mendedahkan namanya antara yang menjadi sasaran golongan scammer untuk mengaut keuntungan.

Lebih mengejutkan, golongan tersebut turut menggunakan keratan akhbar dan temu bual membabitkan selebriti itu sebagai motif untuk mengelirukan orang ramai.

“Tolong siapa kalau ada baca ni ataupun ternampak sponsored Instagram yang ni dan baca kolum dekat news The Star ni… ini semua adalah scam.

“Dan tolong jangan tekan link dekat dalam artikel tu. Sebab satu, dah lah interview ni mereka ( scammer) buat naratif sendiri… dia nak cuba tipu orang Malaysia dengan kisah interview yang sangat fake dan link itu adalah link untuk curi duit anda,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa juga mengingatkan agar orang ramai tidak terpedaya dengan kontent artikel yang ditulis, memandangkan semuanya adalah palsu.

“Jadi, jangan terpedaya dengan konten artikel ni sebab semuanya palsu. Ramai orang tertipu sekarang dengan scammer ni. Hati-hati!

“Ini adalah salah satu cara scammer ni nak convince orang kononnya saya buat duit melalui link ni,” ulasnya.

Perkara itu dikongsi Neelofa menerusi hantaran menggunakan rakaman suara beserta foto beberapa keratan akhbar yang digunakan individu scammer.

 

Salma Syahbuddin