Categories: Hiburan

TONTON TAMPIL LEBIH FRESH DENGAN XTRA!

Selepas menjadi portal No.1 Malaysia, kini tonton perkenal satu lagi portal hiburan dan gaya hidup terkini dengan sajian LIVE TV percuma. Wow! Sesuai dengan perkhidmatan penstriman video yang paling besar dengan lebih dari 7.4 juta pengguna, tonton telah menganjurkan acara parti #ratedXtra party bertempat di Zouk, Kuala Lumpur.

Ben Jern Loh, Pengurus Besar tonton, ketika menyampaikan beberapa usahasama

Selain berkolaborasi dengan beberapa buah portal hiburan terkemuka seperti dimsum, Eros Now, Hypptv dan Digi, tonton turut bersaing dalam dunia penulisan portal yang lebih trending dalam 3 bahasa yang berbeza. Sesuai dengan konsep xtra, tonton turut membawakan lebih 20,000 jam hiburan percuma! 

Kolaborasi ini juga turut memuatkan saluran Youtube Bahasa Inggeris yang paling terkenal di Malaysia untuk menghasilkan siri originalnya bersama tonton menjelang 2018.

Lebih 90 peratus kandungan tonton kini dapat diakses secara percuma bermula pada hari pelancaran untuk semua pengguna tonton di Malaysia. Dan, apa yang paling menarik ialah semua kandungan rancangan disajikan dalam bentuk High Definition (HD) format kepada semua pelanggan tonton. 

Antara rakan media yang bertuah mendapat tiket percutian pada malam tersebut

Antara artis yang turut memeriahkan lagi party ini termasuklah, Thomas and Jack, DSV, Ayda Jebat, Redza Rosli, dan ramai lagi.

Syabas Tonton!  

 

 

Salma Syahbuddin