Tony Eusoff Akui Banyak Belajar Selepas Bebas Dari Penjara

Tony Eusoff atau nama penuhnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman mengakui banyak belajar mengenai kehidupan selepas beliau dibebaskan dari penjara di Singapura atas kesalahan dadah.

Tony yang kini bergiat aktif dalam dunia perniagaan juga berkata, kerjaya nya sebagai seorang anak seni tetap berjalan seperti biasa. Dan, beliau baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Red Storm serta terbabit dalam sebuah lagi filem berjudul The Legend Of Pontianak. 

Kontroversi melibatkan dirinya itu sedikit sebanyak memberi perspektif negatif dalam kehidupannya. Namun, teman rapat dan orang sekeliling banyak memberi sokongan kepada beliau untuk terus maju kehadapan. 

Justeru itu, tanpa berputus asa dan terus menangisi kesilapan lalu, Tony akhirnya bangkit memulakan perniagaan makanan ringan jenama Yohoo Hot Dog  yang kini telahpun beroperasi selama setahun. 

Apapun, bagi yang lama tidak menonton atau menyaksikan lakonan hebat Tony Eusoff, anda bolehlah menonton semula Kelip-kelip Kota London hanya di tonton.com.my!

Salma Syahbuddin