Vivy Yusof Kecewa Ramai Sarung Tudung Jenama Tiruan?

Usahawan terkenal, Vivy Yusof luah rasa di laman Instagramnya di mana beliau memberitahu kesemua tudung jenama dUck miliknya tidak dihasilkan di Vietnam.

Tegasnya, kesemua produknya memiliki trademark tersendiri dan beliau turun kecewa dengan sikap penjual yang ‘menciplak’ produk dUck demi keuntungan.

“ Wanita memakai tudung sebagai tuntutan agama, jadilah seorang muslimah yang tidak menyokong produk tiruan

“ Saya juga tidak sangka ada pengguna yang sanggup menyarung telekung tiruan untuk sembahyang,” tulisnya ringkas.

Nampaknya isu penggunaan barang tiruan terus hangat diperkatakan di laman sosial. Persoalannya, adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas, tepuk dada tanya selera okay?

SGMS Faida