Categories: Gaya Hidup

4 Cara Mudah Untuk Hilangkan Bau Kaki

Bukannya semua orang bernasib baik dan bebas daripada kaki berbau. Kalau kita sering berstokin dan berkasut tutup, semestinya kaki kita berpeluh dan dari situ ia akan mula berbau.

Segannya bila terpaksa tanggalkan kasut depan orang lain! Aduh!

Jangan risau! Ada beberapa cara yang anda boleh ikuti untuk hilangkan bau kaki busuk. Jom baca apa dia!

1. Sembur dengan anti-perspirant

Alat itu bukan untuk ketiak saja, kaki pun boleh! Nescaya kaki anda takkan berpeluh. Sebelum keluar berjalan, spray sedikit di jari kaki. Lapkan cecair berlebihan secara perlahan-lahan dengan tuala ataupun tunggu kaki anda betul-betul kering. Lepas itu baru boleh pakai kasut dan gerak.

2. Tukar kasut

Anda ada pakai kasut macam jenama Birkenstock? Memanglah selesa, tapi kalau pakai selalu sangat, cuba bayangkan berapa banyak peluh kaki yang melekat. Eee! Mana tak berbau? Sebaiknya, biarkan ia berehat sekurang-kurangnya selama 24 jam sebelum menggunakannya semula.

Foto: www.aharoo.com

3. Rendam kaki

Isikan besen besar dengan air dan cuka (atau ramuan lain untuk rendaman kaki) untuk hilangkan bau kaki anda. Pastikan cuci dengan air sabun supaya bau cuka tak melekat pula!

4. Letakkan bedak

Ada bedak khas untuk kaki, ya! Ia bukan saja boleh hilangkan bau, malah ia juga boleh mengawal peluh dan geseran. Inilah dua sebab utama untuk kaki terkena infection atau melecet.

Sumber: PopSugar

Ad Ops