Hiburan By: Khairil Khusyairi November 9, 2023 @ 4:30pm

Transformasi Alif Satar Buat Ramai Berdekah – “Sampai Hati Korang Gelak Kat Aku”

Pelakon dan penyanyi Alif Satar menjadi perhatian warga maya apabila membuat perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar berkongsi tangkap layar ciapan seseorang individu mengenai perubahan penampilannya.

Ciapan yang dibuat individu tersebut di platform X baru-baru ini memaparkan foto lama dan imej terkini pelantun lagu Cukup Indah itu.

Ternyata perkongsian individu tersebut berjaya membuat warga maya terhibur melihat transformasi Alif.

Malah individu itu turut bersoloroh mengatakan dirinya juga mampu melakukan transformasi seperti Alif.

“Lepas tengok Alif Satar, aku masih ada harapan lagi ni.” ciap individu tersebut.

Alif Satar

Reaksi Alif juga mencuri perhatian ramai apabila foto masa remajanya itu tular.

“Sampai hati korang gelak kat aku. Puberty hit me hard,” tulisnya.

Alif Satar

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen turut terhibur dengan perkongsian tersebut malah ada juga yang masih ingat kembali penampilan Alif yang dahulu.

Dalam perkembangan lain, Alif kini sedang membintangi drama Bukan Sekadar Lafaz di Slot Akasia TV3 JAM 7 malam.

Drama Bukan Sekadar Lafaz, diinspirasikan oleh novel karya Sophilea. Drama terbitan Pencil Pictures & Records ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan penulisan skrip dihasilkan oleh Sophilea. Menggandingkan pelakon terkenal tanah air seperti Alif Satar, Wanna Ali, Yuna Rahim, Malek Mccrone, Ahmad Idham dan ramai lagi.

Drama Bukan Sekadar Lafaz disiarkan bermula 17 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3 dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran TV melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.

ARTIKEL BERKAITAN: “I Love You Until…” – Anggap Dunia Lakonan Sebagai Perniagaan, Alif Satar Elak Heroin Daripada ‘Tersuka’

ARTIKEL BERKAITAN: Umur Bukan Penghalang, Ini Sebab Alif Satar Sokong Golongan Belia 35 Tahun Sertai PLKN 3.0 – “Saya Tengok Ramai Yang 30-an Tak…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Sebuah Keluarga Ambil Masa 6 Bulan Untuk Kurus

Sebuah Keluarga Ambil Masa 6 Bulan Untuk Kurus Dan Hasilnya Amat Menakjubkan

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

“Bila Nak Kahwin Dayang?”

“Emak dan bapa pun tidak pernah mendesak untuk saya berkahwin,” jelas pemenang vokal terbaik AJL sebanyak tiga kali  berturut-turut ini.

#tilljannah Wed, 18 Jan 2023
Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Featured Thu, 18 Aug 2022
Featured Thu, 8 Dec 2022
Events Wed, 13 Jun 2018

Wajib Tonton: Senarai 9 Program TV Terbaik Syawal Ini!

Istimewa untuk penonton setia kami, disini kami sajikan anda dengan program-program terbaik sepanjang syawal ini!