Hiburan By: SGMS Fas March 7, 2018 @ 12:38am

“Bila Nak Kahwin Dayang?”

Setiap tahun soalan yang sama diajukan dan acapkali juga jawapan sama diterima, “Saya belum ada calon suami.”

Begitulah jawapan jujur daripada penyanyi, Dayang Nurfaizah yang kini mencecah 37 tahun ketika ditemui pada majlis sidang akhbar ‘Luncheon With the Stars’ bersama Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi petang semalam.

Dayang dan Jamal diundang menghiburkan para setiausaha sempena Minggu Setiausaha di hotel berkenaan pada 25 April depan.

Dayang akan berkongsi pentas bersama Datuk Jamal Abdillah pada Minggu Setiausaha di Hotel Tenera 25 April depan.

Pemilik nama penuh Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini yang dikenali membawa lagu popular bergenre cinta seperti ‘Separuh Mati Ku Bercinta’, “Seandainya Masih Ada Cinta’ mahu pum ‘Perlukan Cinta’ tetap mengakui masih belum ada cinta di dalam hatinya.

“Entah lah! Saya pun tak tahu kenapa tetapi belum ada sesiapa yang mengetuk pintu hati saya. Memang saya memilih tetapi tiada jodoh,” ujar Dayang pada soalan yang sering dilemparkan kepadanya itu.

Gambar: Megat.

Walau pun kadang kala terbit rasa risau soal jodoh apatah lagi sering diajukan dengan persoalan sama, namun Dayang tidak mahu membebankan fikirannya melainkan memberi tumpuan pada karier nyanyian.

“Emak dan bapa pun tidak pernah mendesak untuk saya berkahwin,” jelas pemenang vokal terbaik AJL sebanyak tiga kali  berturut-turut ini.

Kita doakan Dayang bakal bertemu dengan ‘Lelaki Teragung’ yang mampu mengisi kekosongan cinta di dalam hatinya ya! Tetapi  yang paling penting ‘Dayang Sayang Kamu’ semua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 8 Sep 2018

Jangan ‘Cuwak’ Bila Passport Hilang, Si Kaki Travel Sila Ikut Langkah Di Bawah!

Menerusi perkongsian dari Yusoff Ahmad, lelaki ini pernah kehilangan passport ketika bercuti ke Frankfurt. Lebih mendebarkan, dia ke sana berseorangan. Jadi, ini sedikit perkongsian ilmu untuk korang yang bakal bercuti tak lama lagi!

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Sajat Sudah Berani Tunjuk Te***?

Amboii,, Sajat berani betul tunjuk aset dekat peminat kan?

Cahaya Mata Fri, 9 Sep 2022
Drama Sat, 20 Apr 2024
Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Amylea Azizan Mahu Pecah Tradisi Demi Nur 2

Bercerita tentang runut bunyi istimewa bagi drama rantaian Nur yang menerima lebih 10 juta tontonan sebelum ini, Amylea bakal menghasilkan sesuatu yang istimewa!

Hiburan Wed, 8 May 2019

Akim Turun 11 KG Demi ‘Marabahaya Underground’

Akim yang akan membawakan watak Fison Hamdi!