Hiburan By: SGMS Faida May 8, 2019 @ 4:25pm

Akim Turun 11 KG Demi ‘Marabahaya Underground’

Dari pentas nyanyian ke perfileman, dua nama hebat dalam industri seni Akim dan Hazama bakal bergabung dalam sebuah filem Marabahaya Underground terbitan D’Edge Communication (m) Sdn Bhd.

Filem bergenre aksi komedi suka permotoran ini juga kolaborasi bersama pihak MOVIE Animation Park Studios (MAPS) dengan D’Edge Communication (M) Sdn Bhd diarahkan oleh pengarah terkenal, Helmi Yusof bersama penulis skrip, Subroto Katimin itu bakal menampilkan beberapa pelakon terkenal antaranya Hazama, Akim Ahmad dan Dayana Roza.

Salah seorang pelakonnya, Akim Ahmad berkongsi cerita persiapan sebelum memulakan penggambaran filem yang menuntut komitmen dan skil mereka untuk mempamerkan aksi lasak suka permotoran.

“ Sebaik sahaja ditawarkan berlakon dalam filem sukan permotoran ini saya terus bersetuju kerana melibatkan satu perkara yang dekat dengan saya. Sejak kebelakangan ini memang saya aktif dalam bidang permotoran kereta jadi dapatlah sayaMAP realisasikan serba sedikit elemen ‘racing’ dalam filem ini,” ujar Akim yang akan membawakan watak Fison Hamdi.

Malah untuk membawakan watak Fison ini, Akim telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram. Penurunan berat badan ini dilakukan bagi menjayakan watak remaja 21 tahun untuk filem yang melibatkan bahasa Melayu,Tamil dan Cina ini.

“ Setakat ini, saya sudah berjaya turunkan berat badan daripada 74 kilogram ke 64 kilogram dalam masa dua bulan. Saya cuma amalkan ‘intermittent fasting’ yang mana saya hanya akan jamah makanan berat dari jam 9 pagi hingga 3 petang pada setiap hari,” kata Akim.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPS, Shafeii Abdul Gaffor pula, filem yang mendapat kerjasama kerajaan negeri Perak dan Tourism Perak itu akan menjadikan taman tema berkenaan sebagai lokasi utama penggambaran.

“ Antara satu sebab kita bekerjasama dengan Cat Farish selaku penerbit filem Marabahaya Underground adalah jalan cerita filem berkenaan yang mengisahkan sukan permotoran. MAPS antara tempat yang mengadakan sukan ‘drift’ setiap hari dan menjadi tumpuan pengunjung,” katanya kepada pada sidang media filem berkenaan di Stunt Arena, MAPS, Ipoh, kelmarin.

Filem ini juga akan melakukan penggambaran di Ipoh, Gopeng, Tanjung Tualang, Teluk Intan, Batu Gajah, Johor, Cameron Highlands dan Genting Highlands.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 10 Apr 2023

Rindu Di Hari Lebaran, Lagu Raya Terbaru ‘Hadiah’ Datuk Jamal Abdillah Buat Peminat

Bestnyaaaa… selalu dengar lagu Saalm Aidilfitri je😍🥰

Hiburan Fri, 26 Jul 2019
Featured Thu, 20 Oct 2022

“12 Tahun Bersama Jatuh Bangun, Suka Duka Dan Struggle Dalam Perniagaan” – Diyla Titip Ucapan Terima Kasih Untuk DSV

Bagi peminat yang selalu mengikuti perkembangan Datuk Seri Vida, pasti sudah mengenali sosok tubuh seorang wanita yang sering dilihat bersamanya. Wanita yang dimaksudkan itu adalah bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Diyla. Namun, baru-baru ini […]

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

David and Victoria Beckham Rumoured to Be Divorcing but the Missus Proves Them Wrong

It took one Instagram post to throw out all those nasty rumours.

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] “Beauty With Brain.. Perfect Couple!” – Sweetnya! Raysha Rizrose Belajar Bahasa Inggeris Bersama Kekasih Curi Perhatian Netizen

Eh eh, comelll je Raysha dengan Nabil ni ekk 🥰 Saling membantu, macam ni lah bagus in relationship kannn 🤩🤩

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Erwin Dawson Menghidap Kanser, Takut Botak!

Beliau terpaksa menjalani ‘intermittent fasting’ yang bermaksud ala-ala puasa juga cuma puasa 16 jam dan hanya makan 8 jam.

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

100% Leader Seo Min Woo Passes Away at Age 33!

He is way too young to be gone 🙁