Featured By: Halimey Zamal October 20, 2022 @ 2:53pm

“12 Tahun Bersama Jatuh Bangun, Suka Duka Dan Struggle Dalam Perniagaan” – Diyla Titip Ucapan Terima Kasih Untuk DSV

Bagi peminat yang selalu mengikuti perkembangan Datuk Seri Vida, pasti sudah mengenali sosok tubuh seorang wanita yang sering dilihat bersamanya.

Wanita yang dimaksudkan itu adalah bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Diyla.

Namun, baru-baru ini Diyla menjadi bahan bualan hangat netizen selepas tampil dengan penampilan ‘Freehair’ nya.

Jelasnya, dia hanya mengenakan hijab atas faktor tuntutan kerja sahaja dan memohon agar warganet mendoakan dirinya untuk istiqamah menjadi manusia yang lebih baik.

@_diylajazz Berakhirlah Perjalanan saya bersama Dsv,Saya mengundurkan diri dengan hati yang ikhlas,Terima kasih untuk segala Jasa,atas segala untuk ajar,Tamat sudah perjuangan saya untuk Bisness Dsv,Saya doakan Dsv terus kuat untuk kedepan hari,this okey,hilang saya sorang Ramai lagi di belakang Dsv yang Baik Baik,akhir kata Terima kasih Dato Seri vida Sang pari pari saya#diylajazz #khilafdiylajazz #esekeli #tiktok #fypage #fyp #viral #xyzbca ♬ Khilaf – Faiz Aizif & Diyla Jazz

Terbaru, Diyla telah memuatnaik satu video di akaun TikTok miliknya bersama DSV.  Namun yang menjadi perhatian netizen adalah kapsyen yang ditulis oleh Diyla yang dituju khas buat DSV.

“Berakhirlah perjalanan saya bersama DSV, Saya undur diri dengan hati yang ikhlas” Tulis Diyla

“Terima kasih untuk segala jasa dan tunjuk ajar, tamat sudah perjuangan saya untuk bisnes DSV. Saya doakan DSV terus kuat!” Tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kenyataan yang diberikan  dan mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 480,000 tontonan dan menerima lebih 17,000 tanda suka.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Sep 2020
Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Sukar Bernafas, Zizan Razak Dikejarkan Ke Hospital

Semoga cepat sembuh, Zizan Razak!

Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Events Thu, 9 Aug 2018

Jangan Benci Cintaku Cetus Fenomena, Catat 12 Juta Tontonan

Shah, Fika, Husna adalah anatara watak yang terlibat dalam cerita Jangan Benci Cintaku yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 sekaligus mencetuskan fenomena sejak ianya ditayangkan pada 29 Jun lalu

Trending Sat, 9 Mar 2024
Featured Wed, 19 May 2021

Bimbang Ekonomi Terjejas, Kerajaan Selangor Tidak Setuju PKP Penuh Dilaksanakan

Berikutan peningkatan kes Covid-19 yang merekodkan jumlah kes harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 6,075 kes ramai yang beranggapan bahawa kerajaan bakal mengumumkan PKP penuh atau total lockdown selepas ini. Walaubagaimanapun, menerusi sidang media hari […]

Hiburan Sun, 30 Apr 2023
Featured Fri, 20 May 2022