Transisi Baru Emma Maembong Berambut Pendek Curi Perhatian!

Pelakon Emma Maembong sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas tampil dengan gaya potongan rambut pendeknya.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, dilihat berkongsi mengenai perubahan gaya rambutnya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instgram miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video tersebut, Emma sempat menunjukkan perubahan gaya rambutnya yang panjang sehinggalah menjadi pendek sehingga ke paras bahu.

Malah, transisi gaya rambut baharu aktres itu mendapat pujian rata-rata pengikutnya yang dilihat meninggalkan komen  menerusi hantaran berkenaan.

Terdahulu, pelakon Remang ini pernah terpalit dengan beberapa isu kontroversi melibatkan cara pemakaiannya  yang semakin mencolok mata serta gaya rambutnya yang dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya.

*embed ig*

ARTIKEL BERKAITAN:“Patut Anak Dia Suka Gigit Orang” – Emma Maembong Kongsi Gambar Intim Bersama Suami

ARTIKEL BERKAITAN:“Tidaklah Saya Pakai Bikini…” – Imej Seksi Sering Dikecam Netizen, Emma Maembong Mohon Tak Libatkan Anak

ARTIKEL BERKAITAN:Pamer Foto Seksi Ditepi Pantai, Emma Maembong Diminta Jaga Aurat

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Kecewa Emma Maembong Makin Seksi, Pakai Singlet Ketat – “Jangan Sampai Allah Balikkan Hati, Dulu Elok Tutup…”

Salma Syahbuddin