Gara-Gara Diminta Keluar, Ejen Hartanah Dedah Ibu Aktres Wanita Calit Najis Kucing Satu Rumah Sewa?

Seorang ejen hartanah mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab ibu kepada seorang aktres popular sepanjang menyewa di sebuah unit rumah sewa yang diuruskan olehnya.

Menerusi sebuah ciapan di Twitter, ejen tersebut mendakwa ibu kepada pelakon itu bertindak untuk mencalitkan najis kucing yang dipeliharanya di seluruh rumah sewa kerana diminta keluar oleh tuan rumah.

Malah, ejen tersebut turut memberi bayangan wanita itu merupakan ibu kepada seorang pelakon wanita popular yang sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang ‘mat saleh’.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh ejen itu ketika mengulas mengenai isu rumah sewa serta sikap sesetengah penyewa tidak bertanggungjawab menerusi platform Twitter.

Hasil tinjauan reaksi ciapan terbabit, perkongsian tersebut mengundang tanda tanya warganet mengenai gerangan individu yang diperkatakan.

Namun, ada juga individu yang turut memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah sedemikian.

“Boleh buat court order, minta penyewa keluar rumah. There is NOTHING penyewa boleh buat kalau ada court order, polis pun boleh datang halaukan mereka. If ada hutang, tuntut jugak dalam court, if dia takda duit, court akan jual harta benda dia untuk cover,” komen seorang warganet.

Biarpun identiti pelakon wanita itu tidak dinyatakan, namun ciapan tersebut telah meraih 59 ulang ciap dan 227 tanda suka.

Fatin Nurain