Kumpulan Kugiran Masdo yang baru sahaja melancarkan album terbaru mereka berjudul Jalan Abbey pada Januari lalu sekali lagi bakal menghangatkan pentas #AJL34 dengan persembahan yang pastinya meninggalkan memori buat penonton di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam esok.
Mana taknya, dengar cerita Masdo bakal bawa ‘satu kampung’ untuk sama-sama naik ke pentas AJL nanti. So, betul atau tidak, korang kena lah tunggu persembahan dari kumpulan Masdo okay!
Masdo yang terdiri daripada empat anak muda berbakat ini pernah menjadi antara finalis bagi muzik-muzik 33 namun, nasib tidak menyebelahi mereka kerana lagu yang dipertaruhkan tidak layak ke #AJL33 pada tahun itu.
Apapun, tahun ini Masdo mengorak satu lagi langkah apabila terpilih sebagai antara 12 finalis yang bakal beraksi di pentas #AJL34 dengan mempertaruhkan lagu berjudul Dinda ciptaan sepenuhnya oleh Ali Sariah.
So, kalau nak tahu apa agaknya kelainan yang bakal dipersembahkan pada malam #AJL34 nanti, tungguuu!
Dan jangan lupa untuk saksikan siaran secara langsung Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) pada jam 9 malam esok, hanya di TV3.
Bagi korang yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan siaran ini secara LIVE, jangan risau! Korang boleh layari Youtube TV3 Malaysia Official, Tonton, dan LIVE TV di www.xtra.com.my
Serta hangatkan malam kemuncak ini dengan hashtag #AJL34 di laman sosial korang !
Betul apa kata Betty! Selalunya memang macam tu lah jadinya🤧
Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlaku🤧
Alamak, tiber nama Nora Danish pula yang dipetik ekkk
Kali ni adik pulak muncul back up kakak. Tapi yang paling min fokus lagu background…
Min doa Irma Hasmie terus tabah 🥹🥹