POWER! Persembahan Interlude #AJL34 Yang Mengimbau Kenangan, Confirm Korang Akan Sing Along!

Berbaki satu hari sahaja lagi!

Melihat kepada senarai finalis Anugerah Juara Lagu ke 34 kali ini, nampaknya #AJL34 merupakan antara anugerah berprestij yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat!

Ada yang kata, #AJL34 akan menjadi fenomena bukan sahaja kerana lagu dan vokal yang dibawakan oleh para finalis malah, persembahan interlude pada malam #AJL34 juga akan menarik perhatian ramai penonton.

Tribut Lagu Ciptaan M. Nasir

Kalau korang nak tahu, persembahan interlude #AJL34 akan diserikan dengan persembahan lagu tribut hasil ciptaan seniman Dato’ M. Nasir!

Jika dilihat semula, memang banyak lagu dan karya Dato’ M.Nasir yang memang mengusik jiwa dan pastinya membuatkan kita mengimbau kenangan lama. Xtra sure, gandingan penyanyi lama seperti Datuk David Arumugam dan Datuk Hattan confirm akan buat korang sing along lah!

So, kalau nak tahu lagu apa agaknya lagu yang bakal dipersembahkan nanti, kenalah tengok okay!

Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34)  boleh ditonton secara langsung pada jam 9 malam esok di TV3.

Buat korang yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan  siaran ini secara LIVE, jangan risau! Korang boleh layari Youtube TV3 Malaysia OfficialTonton, dan LIVE TV di www.xtra.com.my

Hangatkan malam kemuncak ini dengan hashtag #AJL34 di laman sosial korang okay! 

Syafiqa Irdina