#TriviaXTRA: Cadang Kapal Terbang Lalu Atas Darat, Suka Masak Tapi Kesian Dekat Ayam, Ikan? Ini 4 Perkara Ramai Tak Tahu Tentang Shiha Zikir!

Shiha Zikir atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio dan usahawan. Fuh! Serba boleh.

Mula menapak dalam dunia seni apabila menjadi peserta Akademi Fantasia musim ke-3 dan program realiti hiburan Mentor ke- 5.

Bukan sahaja terkenal di Malaysia, Shiha juga merupakan salah seorang selebriti yang berjaya menempa nama di Indonesia apabila mewakili Malaysia dalam Dangdut Academy Asia.

Baru-baru ini, Shiha memperoleh kemenangan di Anugerah Juara Lagu ke-37 menerusi lagu Irama bagi kategori Persembahan Terbaik.

Jadi, ini antara perkara yang ramai tak tahu tentang Shiha Zikir!

1. Bela Lebih 30 Ekor Kucing

Shiha pernah bela 33 ekor kucing di rumah sebab memang cat lover.

“Dulu kat rumah Shiha ada 33 ekor kucing sebab Shiha memang love kucing tapi bila banyak sangat rasa macam kesian pulak.

“Sekarang total tinggal 10 ekor sahaja”

2. Takut Naik Kapal Terbang

“Shiha takut naik flight sebab Shiha takut air. So, Shiha tahu kalau kapal terbang jatuh dia akan jatuh dalam air”

Sebab takut, Shiha cadangkan untuk kapal terbang lalu atas darat. Terbang rendah je đŸ€Ł

3. Nama Panggilan ‘Shimok’?

Nama gelaran sewaktu sekolah ‘Shimok’ sebab peminat Tomok Newboyz.

“I peminat Newboyz, Tomok. So, Shiha akan belah rambut tengah walaupun pakai tudung”

Die Hard Fans eh Shiha sampai rambut pun nak sama Tomok đŸ€Ł

4. Suka Masak Tapi Kesian Dekat Ayam & Ikan?

Shiha takut nak siang ayam dan ikan sebab rasa kesian.

“Shiha takut nak siang ikan, ayam memang tak boleh sebab saya kesian. Bila kesian, dia jadi memang tak boleh makan.

“So, Shiha akan beli yang dah potong siap”

Bak kata Shiha, kalau beli ayam make sure bukan dalam bentuk ayam 😅

Atiqah Johari

Recent Posts

Tahniah! Pilih Nama Uqaira, Uqasha Senrose Selamat Timang Anak Perempuan

Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❀❀❀❀

10 mins ago

Meerqeen Akui Pernah Jumpa Sarah Yasmine – “She’s A Fan”, Bukan Kawan”

Pelakon Meerqeen tampil mengakui dia pernah bertemu dengan kekasih gelap penyanyi dan pelakon Aliff Aziz,…

3 hours ago